Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Bukan Duit UMNO

emel Cetak PDF


UMNO jelas menyalahgunakan wang rakyat kerana  memanipulasi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 seolah-olah duit itu datang dari wang  UMNO., tegas Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussian.

Beliau menyatakan, buktinya kita dapat lihat di seluruh pelusuk Negeri Perak   kain-kain rentang digantung merata kampung seolah-olah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 ini adalah pemberian UMNO BN.

Pesuruhjaya PAS Perak itu menyatakan lagi, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 adalah wang rakyat diambil daripada berbagai sumber pendapatan Negara, Semua rakyat yang layak wajib  ambil, kerana ini adalah wang rakyat bukan wang UMNO.

Memetik ucapan beliau, “ Saya percaya kini UMNO semakin tertekan dengan berbagai tawaran yang telah ditunjukkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di beberapa buah Negeri yang ditadbir kerajaan Pakatan Rakyat, Kerajaan Pakatan Rakyat mampu laksanakan, kerana dasar  penjimatan dan memerangi rasuah menjadi agenda utama pentadbiran kerajaan”

“ Kini pemimpin UMNO kecoh menjadikan modal kempen  pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 untuk memikat hati rakyat di musim pilihanraya ini”

“ Pemberian yang diberi  setiap 5 tahun sekali, itu pun apabila kuasa Umno BN berada di hujung tanduk”

 

UMNO BN GERUN MELIHAT KEJAYAAN PAKATAN RAKYAT

emel Cetak PDF



IPOH, 20 Jan, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian menyatakan, Usaha BN untuk melihat  PR berpecah menemui jalan buntu, malahan hubungan PR semakin akrab dan kini ternyata pemimpin BN semakin gerun melihat pencapaian empat kerajaan PR yang terbukti dan teruji.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak, apa yang menggerunkan UMNO BN ialah  komitmen PR dengan janji 10 perkara dalam masa 100 hari. Tujuannya ialah supaya rakyat tidak perlu  menunggu selama lima tahun untuk melihat perubahan yang akan dibawa di negara ini.

Beliau menyatakan lagi  semua ini  bukannya retorik tetapi mampu untuk melaksanakan sehingga mendapat pujian daripada Ketua Audit Negara. Rakyat sudah mula berfikir jika PR mampu mengurus negeri,  walaupun dengan kekangan kewangan maka sudah pasti PR lebih mampu jika diberi mandat untuk memerintah di peringkat pusat. Kerana hasil petrolium, bijih, getah, sawit, mutiara, balak,cukai,air,emas, pasir putih, batu semuanya akan dikendalikan dengan baik dan dikembali kepada rakyat untuk dinikmati.

Sebenarnya sebahagian besar  10 perkara  sudah dilaksanakan di negeri PR sekarang. Contohnya pemberian RM500.00 setiap bulan kepada guru-guru telah dilaksanakan oleh Selangor kepada guru-guru KAFA daripada RM1000.000 kepada RM1300.00. Walaupun tidak RM500.00 sekurang-kurang sebagai permulaan. Kedua wifi percuma akan dilaksanakan di Selangor .Ketiga memulangkan konsesi air kepada rakyat, perkara in sudah berjalan di Selangor. Ini membuktikan kemampuan PR untuk menguruskan negara walaupun mempunyai kekangan kewangan, tegas beliau.

 

TAKZIAH DARI PAS PERAK BUAT DR MUHAIMIN SULAM SEKELUARGA

emel Cetak PDF

PAS Perak merakamkan ucapan takziah buat keluarga Dr Muhaimin Sulam ( Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak ) atas pemergian ayah mertua beliau Haji Wan Ismail bin Haji Nik Salleh ke rahmatullah semalam.

Jenazah ayah mertua beliau meninggal di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan.

“Sesungguhnya warga PAS Perak turut merasai kesedihan yang dihadapi keluarga beliau,” kata Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian.

Katanya, PAS Perak melihat, walaupun pemergian Almarhum menemui Allah SWT adalah satu kehilangan besar tetapi Almarhum telah berjaya membuktikan bahawa beliau telah menggunakan kesempatan hidup di atas muka bumi untuk terus berjuang menegakkan perintah Allah SWT.

“Semoga Allah SWT meletakkan rohnya bersama para anbiya, syuhada’ dan solihin,” ujarnya.

 

PAS kesal dilabel Penghasut Rakyat

emel Cetak PDF

 

SUNGAI RAPAT:Majlis Tindakan DUN (MTD) Sungai Rapat kesal dengan kenyataan daripada pihak ADUN Sungai Rapat yang melabel PAS sebagai ‘penghasut rakyat’.

Baca Lagi...
 

PAS Perak lancar 'Perakite'

emel Cetak PDF



IPOH, 18 Jan: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak di dalam merangka gerak kerja Pilihan Raya Umum ke-13 telah memperkenalkan satu pendekatan mesra rakyat di dalam kempennya kelak.

Baca Lagi...
 

Sila tekan butang mute untuk on/off audio

rapat_rakyat_perak