Home BUKIT GANTANG :15 Fakta Umno Penderhaka & Petualang Sebenar

BUKIT GANTANG :15 Fakta Umno Penderhaka & Petualang Sebenar

emel Cetak PDF

umnopenderhaka11Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendedahkan 15 bukti secara fakta bahawa Umno menjadi petualang dan penderhaka sebenarnya kepada institusi raja di negara ini.


Beliau membuat pendedahan itu semasa melancarkan Gerak Kerja Jentera Pilihan Raya Bukit Gantang baru-baru ini.


Antaranya termasuk:


1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar di buang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik Sultan atas isu harta dan hutang keluarga beliau.


2. Pada tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi, ayah kepada Datuk Seri Tajol Rosli enggan meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asalnya beliau hanya mahu memegang jawatan tersebut selama dua tahun sahaja. Sampai masa beliau mungkir janji menyebabkan Sultan Idris murka. Baginda bernazar tidak mahu bercukur jambang selagi Ghazali tidak mahu melepaskan jawatannya. Bukan ini derhaka namanya. Tiba-tiba sahaja Tajol Rosli berkata Umno tidak pernah derhaka. Kalau begitu apa tafsiran tindakan bapanya itu?


3. Pada tahun 1979, Menteri Besar Pahang ketika itu, Datuk Abdul Rahim Bakar berselisih faham dengan Sultan Pahang. Media pro Umno mengkritik Sultan secara terbuka.


4. Pada 1983 Umno mengurangkan kuasa YDP Agong berhubung pengisytiharan darurat. Apabila Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan tersebut Umno membelasah institusi raja melalui media kawalannya.


5. Semasa Perhimpunan Agung Umno pada 1991 Sultan Kelantan dikritik secara terbuka kerana didakwa menjadi penyebab kekalahan Umno di Kelantan.


6. Dalam Perhimpunan Agung Umno itu juga perwakilan Umno meminta supaya harta raja-raja Melayu disiasat. Laporan ini disiarkan oleh utusan Malaysia pada muka surat depan. Tidakkah ini derhaka namanya?


7. Satu demonstrasi dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas pemedih mata serta menangkap penderhaka-penderhaka Umno?


8. Pada 18 Januari 1993 Umno membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dihadapkan ke Mahkamah Khas. Apabila raja-raja Melayu meminta menangguhkan pindaan tersebut Umno melancarkan kritikan terbuka terhadap salah laku raja-raja.


9. Pada tahun yang sama juga beberapa siri rapat umum haram Umno dibuat di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri (sekarang Tun) Dr Mahathir Mohamad dan mengecam raja-raja Melayu.


10. Tengku Razaleigh Hamzah dengan sinis mengatakan mana satulah yang lebih merbahaya: Pindaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak pada 6 Februari 2009? Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Azlan Shah tetapi beliau juga menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh Perlembagaan tahun 1993. Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno pun kena buat demonstrasi depan pejabat Umno kerana pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh diheret ke mahkamah kata Tengku Razaleigh.


11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Petra pada 29 April 1993 di bawah pokok ketapang di Ketereh, Kelantan oleh Datuk Seri Annuar Musa. Kalau ini bukan sesuatu yang amat memalukan atau derhaka dan kurang ajar, apa namanya?


12. Kenyataan biadap Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas Menteri Besar Perlis yang mengatakan beliau mempunyai bukti Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta.


13. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mendakwa Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin "derhaka". Lupakah dia siapa yang melarikan Ku Yah, puteri Sultan Selangor sampai baginda murka? Tidakkah ini perbuatan derhaka?


14. 23 daripada 24 Adun Terengganu mengugut untuk memboikot majlis angkat sumpah datuk Ahmad said selepas pilihan raya umum 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Manakala penyokong Umno pula mengatakan Sultan sebagai binatang pada kain rentang. Kenapa polis menangkap mereka yang hanya berdemontrasi di hadapan istana Kuala Kangsar pada 6 Februari 2009 sahaja?


15. Datuk Seri Shahidan Kassim memboikot perlantikan Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis, bukankah ini derhaka namanya?


Sekarang jelas siapa penderhaka sebenarnya, jelas Menteri Besar Kelantan itu lagi.

Sumber

Komen (7)Add Comment
0
...
Dikomen oleh Tom Brady Malaysia , April 06, 2009
It PROVES, umno HAS always conceal their sinister sect. They say Pas doesn't respect the Kings and Sultans but they are the ones who condemned sultans when the royal highnessess tend to advise politicians. Let us now show them our disdain and scornful feelings towards them by voting all the PR candidate in the three by elections.
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
0
...
Dikomen oleh AWANG DALAM DAMAK SERI MERSING , August 17, 2009
ANAK TOK KETUA KAMPUNG ( UMNO LAH ) SENTIASA BETUL DULU KINI DAN SELAMANYA...TAK MENIPU..TAK SIMPAN POLONG..TAK LARIKAN ANAK DARA ORANG...TAK DEHAKA PADA RAJA...MACAM2 TAK LAH...TETAPI ...MELAYU MUDAH LUPA..DAPAT KAIN PELIKAT...DAPAT JALAN TAR DEPAN RUMAH...DAPAT BEG SEKOLAH ANAK...DAPAT SEKILO GULA...NAMPAK ORANG UMNO PAKAI SONGKOK TINGGI HARI JUMAAT...HABIS LAH...MAKA DAMAK JUGALAH YANG JADI MANGSA....HINGGA TERPAKSA BALIK KE PAHANG....TANGAN ORANG MELAYU DAH DI ASAP KEMENYAN...PAYAH NAK PANGKAH SELAIN DACING TUA TU...MACAMLAH DUNIA NI AKAN KIAMAT KALAU TAK PANGKAH DACING...LAHABAO PUNYA MELAYU...
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
0
...
Dikomen oleh pengundi , March 22, 2010
assalamualaikum....
saya ingin membuat sedikit aduan dan permintaan agar hak kami rakyat di peringkat dua blok 4 felda gunung besout 1 sungkai perak di kembalikan.... ini berhubungan dengan papan tanda blok kami yang lama telah diubahsuai menjadi lambang pas TANPA IZIN kami dan kemudiannya telah di bawa lari oleh beberapa orang ahli pas yang bertanggung jawab...
sy ingin bertanya disini adakah dasar pas adalah mengimbil hak org tanpa kebenaran? adakah org-org yg melakukan ini layak menjadi pemimpin2 pas kawasan dan daerah.?
berhubungan ini sy menyatakan disini bahawa kami minta
1. papan kenyataan blok kami di kembalikan segera oleh orang2 yang berkenaan seperti sediakala (asal) di tempatnya dan
2.kami juga mahu mereka yang mengambil hak rakyat ini di hukum sepatutnya dan dihebahkan agar rakyat tahu mereka di kenakan tindakkan agar pas tg malim membuktikan hak islam kami... tidak mengambil hak org tanpa kebenaran dan
3.pas tg malim juga mesti minta maaf secara terbuka kepada kami.....
4. orang yang terlibat hendaklah dibuang dr ahli pas seumur hidup kerana mereka akan menghancurkan islam

sesuunguhnya kami tidak menghalalkan perkara ini dunia akirat sekiranya pihak tuan mendiamkan diri dan tidak memenuhi permintaan kami....
sekiiranya pihak taun memdiamkan diri bererti pihak tuan juga sama menginayai kami dan menindas kami sesenguhnya kami akan dakwa pihak tuan selutuhnya di mahkamah rabul jalil
sekian
sekiranya terkasar bahasa harap maaf... maklumlah terasa...
pulangkan hak kami..... buktikan PAS bukan penindas

pengundi kecewa



report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
0
...
Dikomen oleh bakas ahli parti ajaran sesat (pas) , August 04, 2010
rajin benar dia orang cari sumber.sebelum pas di tubuh lagi.hahahha.cibai punya pas
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
0
...
Dikomen oleh ahli pas , August 07, 2010
kepada 'pengundi'
Betul ke perbuatan itu dilakukan oleh orang PAS bukan UMNO yang mahu memburukkan PAS. Ada banyak kes yang UMNO memfitnah pas dengan pelbagai cara termasuklah menyamar sebagai ahli pas untuk memburukkan PAS. Contohnya demonstrasi minta pas dan umno bersatu di selangor, yang mengaku sebagai ahli pas, sedangkan tiada pun rekod mereka dalam senarai ahli pas.

Di kedah, ahli pas kecewa menghantar surat memburukkan Ust Azizan sehingga mendapat liputan meluas di TV3 dan utusan ternyata bukan ahli pas tetapi ahli UMNO yang menyamar. Bila ini terbukti, seperti biasa TV3 dan utusan berdiam diri dan tidam memohon maaf. Sila siasat dengan betul dan PAS tidak kelapar mahu mengambil hak orang sedangkan hak sendiri dicabul oleh UMNO. Masakan PAS mahu menjadi jahat seperti UMNO. Buktinya kemana peruntukan wakil rakyat untuk bantu kawasan masing-masinfg yg sepatutnya diperolehi wakil rakyat pakatan rakyat? Ke mana? Sedangkan wakil rakyat UMNO Barisan Nasional mendapat hak ini.
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
0
...
Dikomen oleh HAMBA ALLAH CINTA KEDAMAIAN , August 30, 2010
ahli pas..
jgn dok sentiasa tuduh UMNO je.. xbaik
tu namanya memfitnah
ahli pas.. xtahu hal sebenar jgn mcm ni..
pengundi kecewa tu wat aduan..
ahli pas jgn sentiasa dok tuduh UMNO je
nnt mati kalo xsempat minta maaf sia2 je amalan baik ahli pas tu..
insyaallah..
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
0
...
Dikomen oleh anak perak asli , September 04, 2010
Fitnah apa nye, memang dah terbukti lagi terang lagi bersuluh apa yang dikatakan ahli pas kat atas tu betul. Bantuan wakil rakyat untuk disalurkan kepada rakyat di dun masing-masing semua tidak diberi kepada wakil rakyat PR. Bukan di perak sahaja, malah di semua negeri Pakatan Rakyat. Kerajan pusat tubuhkan JPP. JPP nilah Dajal yang dilahirkan UMNO BN di negeri-negeri pakatan rakyat. Duit yang termaktub di perlembagaan patut diberi oleh kerajan pusat ke negeri melalui kerajaan negeri bukan Jabatan Pembangunan Persekutuan. JPP ni pulak yang tabur duit rakyat ke kroni-kroni.. Ini fakta la beb. Orang kampung mana tahu benda permainan jahat UMNO ni. Cuba baca la perlembagaan dan celek la politik. UMNO memang jahat dan busuk ke usus dahhhhhhhh....

masi kita sama2 kuburkan UMNO
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0

Tulis komen.

security code
Tulis huruf yang terpapar.


busy