PAS SEDIA GANTI UMNO UNTUK MEMIMPIN ORANG MELAYU

emel Cetak PDF



Umno telah terbukti gagal memimpin dan membela nasib orang melayu di Negara ini, tegas Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussian.

Menurut beliau, Orang melayu telah memberikan amanah kepada umno sejak 55 tahun untuk memperjuangkan hak orang melayu, dan jelas umno telah gagal serta tidak mampu memberikan corak kepimpinan yang boleh disanjungi dan diteladani untuk dijadikan kebanggaan orang melayu.

Beliau menjelaskan lagi, kini sudah tiba masanya   kepimpinan orang melayu ditukar ganti dengan PAS dan KeADILan dalam memperjuangkan hak orang melayu bagi mengekalkan corak kepimpinan yang bersih dan amanah.

Beliau juga menyatakan bahawa rakyat di Kelantan telah membuktikan mereka boleh hidup tanpa umno.Orang Kelantan telah hidup tanpa kepimpinan umno sejak tahun 1990 lagi, kita telah lihat bahawa hak dan kedudukan orang melayu tidak terjejas walaupun sedikit.

“ Maka mitos bahawa umno lenyap melayu akan terjejas adalah cerita karut yang terbukti tidak benar” ujarnya lagi.

Tambahnya, kepimpinan baru kerajaan negeri Pakatan Rakyat selama empat tahun di Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Perak selama 11 bulan adalah bukti bahawa melayu boleh hidup tanpa umno 


 

Isu Tuduhan Kafir, Majlis Fatwa Tidak Wajar Berdiam Diri: PAS PERAK

emel Cetak PDF

Menuduh seorang yang Islam sebagai kafir, bermakna kekafiran itu akan terkena pada dirinya sendiri. Perkara ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri.

Saya sebagai Pesuruhjaya PAS Perak sangat kesal dengan kenyataan Tan Sri Rahim Noor, bekas ketua polis Negara, dan kesal dengan media-media yang menyiarkan kenyataan melampau tersebut.

Selama ini, kita melihat beberapa kenyataan menghina Islam, undang-undang Islam dan para ulama’ sudah bermain di lidah-lidah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional sendiri. Ada di antara mereka yang mempermainkan hudud, menghina Islam dan mengeluarkan fatwa-fatwa yang sesat. Apa yang kita kesali, kenyataan mereka ini disiarkan oleh media dan disebarkan kepada masyarakat umum.

Antara yang terbaru, PAS telah dianggap sebagai parti ajaran sesat. Terbaru, menuduh pula Mursyidul Am PAS sebagai “Bapa Kafir”. Persoalannya, kenapakah kenyataan seperti ini pula yang disiarkan oleh media, dan ke manakah perginya Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan Perhimpunan Bersih 3.0?

Apabila kita mengkaji sirah para nabi AS, ada dari kalangan mereka yang dituduh sebagai gila, ahli sihir dan jahat. Nabi Muhammad SAW sendiri dituduh cuba menyesatkan masyarakat Mekah dengan ajaran-ajaran yang baru.

Kerajaan banyak melakukan kemungkaran seperti rasuah, menipu dalam pilihanraya, kronisme dan banyak lagi. Mereka juga menggunakan unsur-unsur hiburan haram untuk meraih undi. Adakah kita hanya sekadar berdiam diri? Tuduhan melulu Tan Sri Rahim Nor juga sepatutnya diambil tindakan yang sewajarnya, bukan hanya berdiam diri.

Justeru rakyat Malaysia perlu sedar, bahawa kewajipan mereka untuk menukar kerajaan yang zalim seperti ini. Rakyat perlu sedar bahawa mencegah kemungkaran itu satu kewajipan yang disuruh oleh Islam. Rakyat perlu sedar bahawa mereka wajib untuk memperjuangkan keadilan, dan menghapuskan kezaliman.

Ustaz Abu Bakar Hussian

( Pesuruhjaya PAS Perak )


 

Penjelasan Pesuruhjaya PAS Perak Terhadap Ulasan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

emel Cetak PDF



Bagi saya ulasan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan perlukan beberapa perincian bagi mengelakkan fitnah dan tuduhan melulu.

Mereka memutuskan bahawa haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara. Keputusan ini dibuat selepas Perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini.

 Saya sebagai Pesuruhjaya PAS Perak ingin menjelaskan bahawa menyertai Bersih 3.0 tidaklah diharamkan kerana :

  1. Bertujuan yang baik, iaitu mencari keadilan dan demokrasi yang telus. Ia disebabkan penyelewengan yang dilakukan oleh SPR dan pihak kerajaan.
  2. Tidak melanggar undang-undang, antaranya peserta tidak memasuki kawasan larangan berhimpun dan sebagainya.
  3. Tidak mencetuskan huru hara, sebaliknya yang mencetuskan huru hara tersebut adalah pihak polis yang menyerang, menangkap dan memukul peserta Bersih 3.0 tanpa sebarang sebab.

Maka, berdasarkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, sepatutnya Perhimpunan Bersih 3.0 tidak sepatutnya dianggap sebagai haram.

Mereka menyatakan lagi bahawa tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.

Mereka juga menyatakan bahawa sesiapa juga tidak boleh buat, tidak boleh bersetuju ke arah usaha mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah.

Kenyataan mereka ini sepatutnya dituju kepada pihak polis yang membelasah peserta Bersih 3.0, dan pihak-pihak yang menghantar SB untuk menimbulkan provokasi. Sepatutnya Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengatakan “haram” terhadap tindakan kasar polis dan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menghantar SB, bukan kepada mereka yang ingin menuntut keadilan dan ketelusan dengan cara “duduk dan bantah”.

Seterusnya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan lagi bahawa larangan menunjukkan sokongan dan simpati kepada mereka yang menyokong LGBT. Sepatutnya mereka perlu faham bahawa kerajaan juga pernah meluluskan Konsert Adam Lambert, yang membawa ikon gay pada 14 Oktober 2010. Kenapakah Majlis Fatwa Kebangsaan tidak tegas dan lantang dalam isu ini? Sebaliknya, apabila timbul isu dalam Pakatan Rakyat, mereka timbul untuk mengulas isu ini.

Kita perlu faham, PAS tidak pernah menyokong hubungan sejenis, bahkan PAS membantah Konsert Adam Lambert yang mengetengahkan seorang ikon gay. Dalam isu Bersih 3.0, PAS menyokong tuntutan supaya telus dan adil dalam pilihanraya. Perkara ini perlu difahami oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, supaya tidak mengeluarkan fatwa membuta tuli tanpa memahami realiti.

Saya harap, pihak Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bertaqwa kepada Allah sebelum mengeluarkan sebarang hukum. Kalian akan dihadapkan di hadapan Allah yang berkuasa menentukan hukum haram atau halal.

Ustaz Abu Bakar Hussian

( Pesuruhjaya PAS Perak )
 

 

KONVENSYEN PAS PERAK KALI KE - 16 PADA 6 MEI INI

emel Cetak PDF



IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian menyatakan bahawa Konvensyen PAS Perak kali ke-16 yang bakal diadakan pada  6 Mei ahad ini di Hotel Hill City mempunyai objektif yang tinggi bagi mengumpulkan seluruh saff kepimpinan PAS Perak di setiap peringkat, konvensyen ini penting bagi menyatukan fikiran dan menyelaraskan tindakan kepada wehdatul fikri dan wehdatul amal.Selain itu, konvensyen ini juga bertujuan meningkatkan tahap persediaan para pemimpin dan ahli untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13.

Beliau menyatakan bahawa, program ini bakal disertai oleh semua Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Perak, Ahli Dewan Ulama’, Ahli Dewan Pemuda, Ahli Dewan Muslimat, Ahli Dewan Himpunan Penyokong dan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan

Memetik ucapan beliau, “ PAS Perak menganjurkan program seperti ini kerana ia merupakan salah satu siri-siri pentarbiyahan PAS dengan menggunakan konsep Nadwah. Para pimpinan dan ahli perlu mempunyai kefahaman dan fikrah terhadap kemenangan. PAS Perak tidak mahu ahlinya memperolehi kemenangan dengan fikrah dan kefahaman yang kosong. Sebaliknya memahami konsep kemenangan dan bersabar dengan ujian kemenangan, bagi memastikan keutuhan pemerintahan Islam selepas PRU 13 nanti”

“ Sebagai seorang ahli gerakan Islam, kita perlu bersikap optimis dengan Allah dan bantuanNya. Kita tidak boleh pandang serong terhadap ujian kesusahan yang diberikanNya dan tidak boleh juga kita gelap mata apabila diuji dengan kesenangan. Istilah kemenangan yang perlu difahami oleh ahli PAS ialah kemenangan yang diredhai oleh Allah. Begitu juga dengan kekalahan, iaitu kekalahan yang diredhai olehNya. PAS tidak ingin untuk mencapai kemenangan dengan cara penipuan seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional, khususnya isu rampasan kuasa di Perak ini. PAS juga tidak ingin berhadapan dengan kekalahan yang tidak diredhai olehNya. Maka Konvensyen PAS Perak 16 ini mengajar erti kemenangan dalam redha Allah”

Sempena Konvensyen PAS Perak kali ke16 ini, PAS Perak telah menjemput wakil PAS Pusat, iaitu Dato Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat, yang akan menyampaikan kalam semangat kepada pekerja-pekerja Islam, pembentangan bertajuk Menangani dan Mempertahan Kemenangan oleh YB Mohd Zaki bin Ibrahim, ADUN Kelaboran Kelantan dan sesi perbahasan setiap perwakilan beserta sesi soal jawab, jelas beliau.

 

RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN SUKU PERTAMA 2012

emel Cetak PDF
Assalamu'alaikum. 

Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Perak telahpun mengedarkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Pertama Tahun 2012 bagi tujuan TUNTUTAN dan BANTAHAN bermula hari ini 02 MEI 2012 dan tamat pada 15 MEI 2012 selama 2 minggu. Sehubungan itu jasa baik pihak anda amatlah diminta agar memberi perhatian terhadap perkara ini.

Pautan untuk memuat turun RDPT boleh dicapai di sini : RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN SUKU PERTAMA 2012 (Password boleh didapati dari Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan masing-masing)

Segala tindakan dari pihak anda amatlah dihargai. Sekian terima kasih
 

Sila tekan butang mute untuk on/off audio