PAS Perak Laman Web PAS Perak. http://perak.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=frontpage Tue, 09 Feb 2010 14:31:44 +0000 Joomla! 1.5 - Open Source Content Management ms_my Bertarung di 'mahkamah rakyat' - Nizar http://perak.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1173:bertarung-di-mahkamah-rakyat-nizar&catid=50:isu-semasa-perak&Itemid=128 http://perak.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1173:bertarung-di-mahkamah-rakyat-nizar&catid=50:isu-semasa-perak&Itemid=128

PUTRAJAYA, 9 Feb: Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya membubarkan Dun Perak dan bertarung di 'mahkamah rakyat'.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan ratusan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang masih berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan tengah hari ini.

Bercakap pada sidang media sebelum itu, beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya berhubung Menteri Besar Perak yang sah tidak dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku di negeri itu.

Sehubungan itu, katanya Dun Perak perlu dibubarkan supaya dipilih semula wakil untuk menyelesaikan masalah yang berlaku itu.

Begitupun, beliau menerima keputusan mahkamah itu.

“Kita terima keputusan mahkamah walaupun ia menyedihkan bagi kita,” ujarnya yang juga Adun Pasir Panjang.

Beliau juga menyeru rakyat supaya bertenang dan jangan ada yang bertindak dan melakukan provokasi.

Baginya, keputusan itu merupakan petanda amat hitam di Malaysia kerana rakyat negeri Perak mahu diberi ruang sebesar-besarnya untuk memilih pemimpin negeri.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menyifatkan mahkamah belum lagi bebas daripada pengaruh pihak-pihak tertentu.

“Keputusan ini tidak menyelesaikan kemelut negeri Perak. Keputusan ini juga ketepikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia, ia juga menjadi demokrasi lebih kusut,” katanya.

Tambahnya, Pakatan Rakyat (PR) akan memperhalusi dan meneliti keputusan tersebut.

Para penyokong PR bersurai sekitar jam 12.05 tengah hari.

sumber: www.harakahdaily.net

]]>
azwadi.net@gmail.com (Nazri Abdullah) frontpage Tue, 09 Feb 2010 07:34:16 +0000
Rayuan Nizar Ditolak Mahkamah Persekutuan http://perak.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1172:rayuan-nizar-ditolak-mahkamah-persekutuan&catid=46:isu-semasa&Itemid=128 http://perak.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1172:rayuan-nizar-ditolak-mahkamah-persekutuan&catid=46:isu-semasa&Itemid=128

PUTRAJAYA, 9 Feb: Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak adalah secara sah dan mengikut Perlembagaan.

Berikutan itu, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menenangkan para penyokong Pakatan Rakyat dan meminta mereka bersabar.

"Kita hormati keputusan mahkamah," ujarnya.

Para penyokong Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) Perak, Datuk Seri Ir Mohammah Nizar Jamaluddin dan BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan di sini, mulai diasingkan jam 9.55 pagi.

Kira-kira jam 10.00 pagi kain rentang yang bertulis "Mahkamah rakyat, Nizar MB" dirampas oleh pihak keselamatan selepas direntang dan dilaungkan "Hidup Rakyat".

Walaupun suasana tenang, namun kira-kira 100 anggota pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang pada ditempatkan di dalam kawasan mahkamah mulai keluar untuk memisahkan kedua-dua belah pihak yang berjumlah kira-kira 1,000 orang.

Beberapa pemimpin Umno Perak berucap yang sebelum diminta beredar dari pintu masuk dan tangga mahkamah.

Antara pemimpin PAS yang mulai hadir ialah Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar kira-kira jam 9.40 pagi, Ketua Penerangan dan AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Dr Dzulkefly Ahmad sebentar tadi. Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub juga kelihatan.

Penyokong PR turut menunaikan solat hajat di pekarangan mahkamah pada jam 9.30 pagi yang diimamkan oleh Ustaz Norazli Musa.

Para penyokong Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) Perak, Datuk Seri Ir Mohammah Nizar Jamaluddin dan BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mula berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan di sini, kira-kira kam 7.00 pagi tadi bagi mengikuti keputusan siapakah menteri besar yang sah.

Penyokong PR yang diketuai Kelab Penyokong PR Perak, Drs Khalil Idham Lim tidak dibenarkan memasuki mahkamah.

Begitu juga dengan penyokong Zambry yang memakai baju kuning bertulis Daulat Tuanku dan 1Malaysia serta Belia 4B dan Pewaris sambil melaungkan Daulat Tuanku dan 1Malaysia.

Hanya seorang wakil daripada setiap media dibenarkan masuk ke bangunan mahkamah manakala yang lain berkumpul di luar.

Sehingga jam 8.30 pagi, lebih 500 penyokong kedua-dua belah pihak memenuhi pekarangan mahkamah.

Empat buah bas yang membawa penyokong Nizar dari Perak juga sudah tiba.

sumber: www.harakahdaily.net

]]>
azwadi.net@gmail.com (Nazri Abdullah) frontpage Tue, 09 Feb 2010 07:24:53 +0000
Ceramah Kelompok Serentak Di Lima Tempat Berjaya Diadakan http://perak.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1171:ceramah-kelompok-serentak-di-lima-tempat-berjaya-diadakan&catid=51:aktiviti-perak&Itemid=128 http://perak.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1171:ceramah-kelompok-serentak-di-lima-tempat-berjaya-diadakan&catid=51:aktiviti-perak&Itemid=128

TELUK INTAN, 6 Februari - Konvoi Pakatan Rakyat Perak bersempena setahun rampasan kuasa oleh kerajaan kudeta BN telah menjadikan Teluk Intan sebagai destinasi terakhirnya. Bermula pada sebelah pagi dari Ipoh, Batu Gajah, Gopeng, Tapah, Bidor dan Tanjung Malim maka rombongan PR dengan menggunakan bas telah singgah ke Teluk Intan.

Di Teluk Intan, rombongan PR Perak telah singgah di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan pada jam 8 malam untuk berehat dan solat. Antara ahli rombongan yang turut serta ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussin, Datuk Ngeh Koo Ham, YB Sivakumar, Ustaz Misbahul Munir Masduki, Ketua Dewan Muslimat Negeri Perak Ustazah Bariah Alang Sapri, Ketua Muslimat Tapah dan ahli Nisa, Sdr. Amran Harun serta beberapa orang anggota Unit Amal. Di markaz, mereka telah dijamu makan malam. Selepas itu taklimat ringkas telah disampaikan oleh Timbalan YDP Teluk Intan berkenaan ceramah kelompok. Selepas itu, barulah semua penceramah di bawa ke tempat ceramah masing-masing.

Pihak PAS Teluk Intan telah menyusun lima tempat untuk ceramah kelompok iaitu di UPU Kg. Bahagia, UPU Batak Rabit, UPU Air Hitam, UPU Sungai Kerawai dan UPU Kg. Sungai Samak.

Pimpinan PR dan ADUN-ADUN PR telah diagih-agihkan ke tempat-tempat tersebut. Antaranya, Ustaz Abu Bakar Hussin di UPU Batak Rabit, YB Datuk Ngeh Koo Ham di UPU Kg. Bahagia, Ustaz Misbah dan Ustazah Bariah di UPU Sungai Kerawai, Sdr. Amran Harun di UPU Air Hitam serta YB Sivakumar dan YB Haji Anuar Sudin di UPU Kg. Sungai Samak.

Perjalanan ceramah kelompok berjalan lancar. Secara umumnya, kehadiran orang ramai ke tempat ceramah amat menggalakkan walaupun setiap tempat tersebut telah dihadiri oleh beberapa orang SB. Mereka mengambil gambar dan merakamvideokan ceramah. Namun ia tidak menghalang pihak penganjur ceramah meneruskan majlis dengan baik sekali.

Kebanyakan ceramah kelompok telah tamat sebelum jam 12 malam. Selepas itu, ahli rombongan PR Perakpun bergerak semula balik ke Ipoh. Kita begitu kagum dengan pimpinan dan ADUN PR ini. Walaupun sehari suntuk mengikuti program di setiap destinasi, namun komitmen mereka untuk menyampaikan ceramah walau dalam keletihan amat kita sanjungi.

Tidak lupa juga kepada kesemua UPU yang dijadikan tempat ceramah kelompok. Syabas kepada UPU Kg. Bahagia, UPU Air Hitam, UPU Batak Rabit, UPU Sungai Kerawau dan UPU Kg. Sungai Samak yang telah melaksanakan majlis ceramah dengan begitu baik sekali.

Sekurang-kurangnya, apa yang dilakukan ini sebagai sebagai latihan kepada setiap UPU dalam menganjurkan majlis ceramah kelompok. Ia juga merupakan satu latihan kepada pihak jentera pilihan raya kawasan dalam mengendali dan menyelaras ceramah-ceramah kelompok secara serentak.

Terima kasih kepada semua. Allahu akbar.

~DUN Changkat Jong, DUN Sejahtera~

Sumber: intanhijau.blogspot.com

]]>
azwadi.net@gmail.com (Intan Hijau) frontpage Mon, 08 Feb 2010 03:00:45 +0000
PR jelajah Perak memperingati setahun rampasan kuasa http://perak.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1170:pr-jelajah-perak-memperingati-setahun-rampasan-kuasa&catid=51:aktiviti-perak&Itemid=128 http://perak.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1170:pr-jelajah-perak-memperingati-setahun-rampasan-kuasa&catid=51:aktiviti-perak&Itemid=128

BATU GAJAH, 6 Feb: Pakatan Rakyat Perak hari ini memulakan siri jelajah ke seluruh negeri bertemu rakyat bagi memperingati semepena genapnya setahun rampasan kuasa oleh kerajaan Umno BN negeri itu.

Program jelajah ini anjuran sekreteriat Pakatan Rakyat Perak menggunakan dua buah bas, iaitu satu kumpulan akan menjelajah kawasan utara Perak bermula dari Sungai Siput hingga ke Parit Buntar dan satu lagi ke bahagian selatan bermula di Batu Gajah hingga ke Tanjung Malim.

Mereka terdiri daripada pimpinan PAS, PKR dan DAP negeri termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan pimpinan parti masing-masing di peringkat bahagian dan kawasan.

Di Pasar Awam Batu Gajah pagi tadi, antara yang hadir termasuk Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussin,  Pengerusi PKR Perak, Mustafa Kamil Ayub, Adun Setiawan yang juga Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, Adun Tronoh, V.Sivakumar dan lain-lain kepimpinan termasuk dari Dewan Pemuda Pas Perak.

Selain bertemu masyarakat setempat, turut diadakan penyampaian sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan.

Risalah berhubung kronologi rampasan kuasa oleh kerajaan BN Februari tahun lalu juga turut diedarkan.

Ustaz Abu Bakar ketika ditemui memberitahu tujuan program sebegitu diadakan bagi mengikatkan kembali kisah bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat dijatuhkan melalui rampasan kuasa yang tidak bermaruah.

"Program ini bagi mengenang peristiwa itu, jadi kita buat ini untuk memberitahu rakyat agar sentiasa ingat peristiwa rampasan tersebut," katanya.

Selain itu, ianya juga bermatlamat mengeratkan hubungan ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat disamping turun ke bawah bertemu masyarakat dan mengetahui kesusahan mereka.

Berhubung keputusan Menteri Besar Perak yang sah, yang akan diumum mahkamah 9 Februari ini, Abu Bakar memaklumkan empat buah bas akan disediakan Pakatan Rakyat Perak untuk membawa penyokong ke Putrajaya bagi mendengar keputusan itu.

sumber: www.harakahdaily.net

]]>
azwadi.net@gmail.com (Nazri Abdullah) frontpage Sat, 06 Feb 2010 14:17:19 +0000
XPDC Jelajah Daerah: Pemimpin Bersama Rakyat memperingati rampasan kuasa http://perak.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1169:xpdc-jelajah-daerah-pemimpin-bersama-rakyat-memperingati-rampasan-kuasa&catid=42:program-terkini&Itemid=128 http://perak.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1169:xpdc-jelajah-daerah-pemimpin-bersama-rakyat-memperingati-rampasan-kuasa&catid=42:program-terkini&Itemid=128

Ipoh, 6 Feb: Pakatan Rakyat Perak hari ini memperingati peristiwa 1 Tahun Rampasan Kuasa Perak oleh Umno-BN dengan mengadakan XPDC Jelajah Daerah : Pemimpin Bersama Rakyat ke seluruh negeri Perak. Sebanyak 2 buah bas yang membawa rombongan para pemimpin dan ADUN PAS, DAP dan PKR menuju ke Utara dan Selatan Negeri Perak.

Para pemimpin Pakatan Rakyat yang terdiri daripada YB Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Abu Bakar Hussain Pesuruhjaya PAS Perak,  YB Dato Ngeh Koo Ham selaku Pengerusi DAP Perak, Sdr. Mustafa Kamil Ayub Pengerusi PKR Perak, YB V. Sivakumar ADUN Tronoh, YB Chang Lih Kang ADUN Teja dan ramai lagi mula berkumpul di Pokok Demokrasi seawal jam 8.00 pagi tadi. Mereka kemudiannya menaiki 2 buah bas yang masing-masing menuju ke utara dan selatan Negeri Perak. Rombongan yang pertama yang diketuai oleh Dato Seri Nizar akan menuju ke Parit Buntar manakala rombongan kedua yang terdiri dari Sdr. Mustafa Kamil Ayub bersama-sama Ust. Abu Bakar dan Dato Ngeh menuju ke arah selatan iaitu Teluk Intan. Turut bersama dalam rombongan mereka ini ialah para bloggers dan media tempatan.

Di sepanjang perjalanan ini mereka akan berhenti di beberapa tempat bagi bertemu dan bermesra dengan rakyat. Laporan penuh akan menyusul kemudian.

]]>
azwadi.net@gmail.com (Administrator) frontpage Sat, 06 Feb 2010 06:31:16 +0000