IPOH, 4 November – Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, meminta semua ahli PAS, pemimpin dan penyokong di semua peringkat
mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan Allah SWT agar memberi kemenangan dan memelihara keselamatan Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin, yang mana pada esok hari akan diputuskan di Mahkamah Persekutuan, siapakah Menteri Besar Perak yang sah disisi undang -undang.
Beliau meminta seluruh ahli PAS dan rakyat yang cintakan keadilan memohon berdoa memohon pertolongan dari Allah SWT agar keputusan tersebut berpihak kepada Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin , serta dijauhkan dari perancangan jahat musuh-musuh Islam
Memetik ucapan beliau “ Saya mengarahkan kepada semua ahli PAS Perak disemua peringkat, supaya melakukan solat sunat hajat secara berterusan, mohon kepada Allah SWT agar diberi kemenangan kepada PAS, diberi Kekuatan kepada PAS, semoga Allah SWT Sentiasa Membela, Memelihara dan Melindungi pejuang-pejuang PAS, dan semoga Allah SWT satukan hati seluruh para pejuang Islam dan memfokuskan Matlamat perjuangan PAS, iaitu menumbangkan kezaliman dan menegakkan Islam.”
InsyaALLAH dengan bantuan daripada Allah SWT, PAS akan beroleh kemenangan sepertimana yang pernah diberikan kepada tentera Allah SWT
sebelum ini, seperti yang telah termaktub dalam Al Quran Karim, “Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat Allah (yang telah dikurniakan) kepadamu ketika datang tentera-tentera, lalu Kami kirmkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang tidak dapat kamu melihatnya. Dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan” –
Surah a-Ahzab ( 33 : 9), jelas beliau.

Dikomen oleh Anak Islam , November 12, 2009
Dikomen oleh ahli pas , November 13, 2009
Dikomen oleh ngeh nga , November 14, 2009
kite kene musnahkan musuh islam
tgk nie
http://www.youtube.com/watch?v=JQdib-ZyONs
Dikomen oleh ahli pas , November 14, 2009
Dikomen oleh rihat46 , November 17, 2009
Dikomen oleh ahli pas , November 18, 2009
UMNO mengaku Islam, tapi tidak mahu mendaulatkan Islam. PAS mahu membuat Islam ditentang oleh DAP yg tidak faham lagi dan semakin faham sejak PRU12 berbanding UMNO yang tidak mahu faham-faham. Hukum menegakkan hukum Allah ni wajib kubra. Menolak pelaksanaan syariat Allah hukumnya kafir. Sekarang ini apa alasan UMNO tidak mahu mengambil Islam, tetapi mengambil kebangsaan sebagai teras?
PAS bersama pakatan rakyat untuk mengambil kemudaratan yang lebih ringan. DAP yang ramai tidak faham Islam, tetapi mereka tidak menolak untuk berdepan dengan kebenaran. tetapi UMNO menyembunyikan kebenaran. DAP menolak rasuah. UMNO menerima rasuah. Atas konsep ini, PAS menerima DAP dan PKR sebagai rakan untuk menolak kezaliman UMNO dan Barisan Nasional. Itu saja.
Ingatlah saudara, menolak pelaksanaan syariat Islam oleh orang Islam sendiri setelah diberitahu tentang kewajiban pelaksanaan nya dalam Al Quran dan hadis nabi, wajib dibunuh orang itu disebabkan sudah jatuh murtad. DAP sudah faham dan tidak takut lagi soal hudud. Di Kuala terengganu isu hudud dimainkan tapi DAP sendiri yang menangkis isu ini bagi pihak PAS untuk kefahaman orang CINA. Hudud untuk orang Islam sahaja.
Bukalah hati... Janganlah taksub kepada sesuatu golongan, tapi taksublah kepada Allah dan Nabinya.
Dikomen oleh ngeh nga , November 18, 2009
hahahaha
ada akal...berfikir la
tu video lum kene edit
mksdnya ori
tafsirkan isinya berdasarkan logik
bkn emosi
dan bkn komen2 yg kita xpasti dipandang dr sudut mana
ahli pas yg menjelekkan
bicara tentang islam
tp tutur lunas bahasa tidak menampakkan islam yg terpahat di hati
lgkn remaja muda mudi mahu terpikat
yg tertarik sudah pasti golongan seperti itu juga
Dikomen oleh striker , November 23, 2009






