RALAT
  • Ralat mendapatkan data Suapan.
  • Ralat mendapatkan data Suapan.
Home Arkib Artikel Aktiviti Umum Ustaz Ahmad Awang menjalankan ibadah Korban di Balai Kuliah Tasawwur, Bagan Serai

Ustaz Ahmad Awang menjalankan ibadah Korban di Balai Kuliah Tasawwur, Bagan Serai

emel Cetak PDF

Bagan Serai, 28 Nov : Sebanyak 9 ekor lembu telah disembelih pada Hari Raya Idul Adha sebagai satu sunnah ibadah Nabi Allah Ibrahim. Ustaz Ahmad Awang sebagai Naqib utama Balai Tasawwur bersama jawatankuasa telah menjadikan ibadah Korban di Balai Kuliah sebagai aktiviti tahunan sejak 9 tahun yang lalu.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan ibadah korban pada tahun ini. Baliau mengucapkan terima kasih kepada petugas-petugas yang membantu mengelolakan penyembelihan , melapah, membungkus dan mengagihkan kepada masyarakat setempat khususnya mereka yang selalu hadir dalam program pengajian setiap hari Ahad.

Menurut penyelaras program korban En Al Jafari lebih 500 bungkus daging untuk di agihkan kepada orang miskin sekitar Balai Kuliah Tasawwur. Ibadah korban bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari dengan majlis tahlil dan jamuan makan tengah hari.

sumber: http://idhamlim.blogspot.com

 

 

Komen (0)Add Comment

Tulis komen.

security code
Tulis huruf yang terpapar.


busy
Terakhir dikemaskini ( Ahad, 29 November 2009 11:50 )  

Terbaru

Hits : sejak 1 Mac 2009

Malaysiakini