RALAT
  • Ralat mendapatkan data Suapan.
Home Arkib Artikel Aktiviti Perak PAS Parit Buntar korban tujuh ekor lembu

PAS Parit Buntar korban tujuh ekor lembu

emel Cetak PDF

PARIT BUNTAR, 29 Nov. : PAS Parit Buntar meneruskan aktiviti tahunan mengadakan majlis ibadah korban di perkarangan Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin pada Hari Raya Eidul Adha pertama. Sebanyak tujuh ekor lembu telah dikorbankan pada tahun ini. Setiausaha majlis ibadah korban Khairulzami Muhammad berkata, "Pada tahun ini program ini diadakan di sebelah petang kerana kesuntukan masa untuk dilakukan pada sebelah pagi. “

Hari ini, 10 Zulhijjah 1430 H, kita umat Islam di Malaysia merayakan Eidul Adha dengan ibadat korban menjadi fokus utama sesuai dengan anjuran agama. “Dalam khutbah solat sunat Eidul Adha pagi tadi , umat Islam diingatkan semula dengan peristiwa korban Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail. Peristiwa korban yang terbesar dalam sejarah kehidupan manusia kerana melaksanakan perintah Allah”, katanya. Beliau berkata lagi, "Walaupun bilangan lembu korban bertambah pada tahun ini, kerja-kerja melapah dan memotong daging dapat dijalankan dengan lancar.  Urusan pengagihan daging korban juga berjalan lancar, di mana wakil PAS Cawangan datang mengambil daging korban untuk diserahkan kepada fakir miskin di Cawangan masing-masing".

Khairulzami mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu menguruskan ibadah korban PAS Parit Buntar pada tahun ini. Turut hadir ke majlis ibadah korban ini ialah Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Adun Titi Serong Khalil Idham Lim dan pimpinan PAS Parit Buntar. Sementara itu, program ibadah korban ini juga dilaksanakan oleh ahli-ahli PAS Cawangan di Markas, Surau dan Masjid tempat masing-masing. PAS Parit Buntar sangat mengalu-alukan ibadah korban yang dilakukan di Cawangan masing-masing.

sumber: paritbuntar.pas.org.my

Komen (0)Add Comment

Tulis komen.

security code
Tulis huruf yang terpapar.


busy
Terakhir dikemaskini ( Ahad, 29 November 2009 18:59 )  

Terbaru

Hits : sejak 1 Mac 2009