Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak dibentuk

E-mail Print PDF

PARIT BUNTAR, 15 Feb. : Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak (DHPPP) yang dulunya dikenali sebagai Kelab Penyokong PAS Perak adalah antara yang paling awal membentuk jawatankuasanya.

Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad, Mesyuarat Agung pertama Dewan Perhimpunan Penyokong PAS Perak telah diadakan di Pejabat Ahli Parlimen Parit Buntar dengan menghimpunkan wakil-wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS seluruh Perak.

“S. Surianarayanan telah dilantik mengetuai DHPP Perak , Richard Wong sebagai Timbalan Ketua, Nali Raja sebagai Setiausaha dan Siva Pandian sebagai Ketua Pemuda.

“ Pembentukan jawatankuasa DHPP peringkat negeri ini akan disusuli pula dengan perlantikan jawatankuasa DHPP seluruh kawasan di Perak” katanya.

Hamdan berkata, perlembagaan induk PAS membolehkan parti itu mewujudkan jawatankuasa atau dewan baru tanpa melibatkan pindaan pada perlembagaan induk PAS.

“Ini langkah awal untuk mengiktiraf penyokong-penyokong bukan Islam dalam PAS. Malah ini juga langkah susulan mengiktiraf selepas Kelab Penyokong PAS diwujudkan,” katanya.

Menurutnya, penubuhan DHPPP adalah selaras dengan dasar PAS dan juga Islam yang memberikan hak dan keadilan kepada seluruh rakyat, tanpa mengira kaum dan agama.

Turut hadir dalam Meyuarat Agung kali DHPPP kali pertama ini ialah Dr. Mujahid Yusuf Rawa Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Zainuddin Yusuf Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Perak , Muhammad Nuruddin Bashah Setiausaha Lujnah Perpaduan Nasional PAS Perak dan Harun Hashim Yang Dipertua PAS Parit Buntar.

Zainuddin Yusuf yang juga ADUN Lubuk Merbau dalam satu kenyataan media bersyukur kerana Perak kini telah memiliki struktur organisasi DHPP yang lengkap

“ Malah organisasi  yang sebelum ini dikenali sebagai Kelab Penyokong PAS telah sekian lama mengadakan aktiviti seluruh perak bersama rakyat serta membantu beberapa siri pilihanraya seluruh Malaysia” katanya.

sumber: paritbuntar.pas.org.my



Komen (1)Add Comment
0
...
Dikomen oleh mr jeng utara , December 10, 2012
smilies/wink.gif keputusan dibuat amat membanggakan..teruskan perpaduan ummat
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0

Tulis komen.

security code
Tulis huruf yang terpapar.


busy
Last Updated ( Tuesday, 16 February 2010 00:10 )  

Terbaru


Sila tekan butang mute untuk on/off audio