
LANGKAP, 21 Mac - Prihatin terhadap pembunuhan kejam Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, mendiang Siva maka Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS telah meluangkan masa menziarahi keluarganya di Langkap tengah hari tadi.

Kira-kira pukul 12.30 tengah hari, Presiden PAS telah hadir ke rumah keluarga Siva di Taman Mawar, Langkap. Kehadiran Tuan Guru Presiden dan isteri telah disambut oleh Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak merangkap YDP PAS Pasir Salak Ustaz Mustafa Shaari, YB Haji Zainuddin, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin, pimpinan Dewan Pemuda PAS Perak, pimpinan Dewan Muslimat Perak, pimpinan DHPP dan pimpinan PAS tempatan.

Tuan Guru Presiden PAS telah berpeluang bertemu dengan isteri dan anak-anak mendiang Siva. Beliau telah mengucapkan takziah atas nama PAS Pusat atas kematian mendiang Siva beberapa hari yang lalu.

Kemudian, Presiden telah mengadakan pertemuan dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri di Pejabat DHPP Pasir Salak di Pekan Langkap.
berita asal: intanhijau.blogspot.com








