RALAT
  • Ralat mendapatkan data Suapan.
Home Arkib Artikel Aktiviti Perak "Bekerjasama dengan Umno laksana memikul biawak hidup" - Haji Hadi

"Bekerjasama dengan Umno laksana memikul biawak hidup" - Haji Hadi

emel Cetak PDF

Langkap, 21 Mac: Tuan Guru Dato Seri Haji Hadi Awang menegaskan bahawa PAS tidak akan mengambil kekuatan daripada parti yang berpenyakit; parti yang sedang melalui kelemahan. Beliau juga menganggap bekerjasama dengan Umno adalah laksana memikul biawak hidup.

“Pepatah Melayu mengatakan, kalau memikul biawak hidup, menyakitkan kita, kuku dia, dia gigit kita …lebih baik kita bersendirian, kita lapah biawak, ambil kulit dia tu, boleh tak?” Tanyanya dengan disambut sorak ketawa para penyokong di pejabat Dewan Penyokong PAS di sini tengahari tadi.

Demikian reaksi TGHA terhadap seorang wartawan akhbar bahasa Cina yang bertanyakan samada PAS akan bekerjasama dengan Umno.

TGHA tiba di pekan kecil ini tengahari tadi untuk menyampaikan ucapan takziah dan sedikit sumbangan PAS Pusat kepada keluarga mendiang Siva, Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak yang ditembak mati pada minggu lalu.

Menurut TGHA, PAS sudah berpengalaman bersama dengan Barisan Nasional. Pada tahun 1974-1978, PAS menyertai kerajaan Barisan Nasional dan telah mengalami pengalaman yang banyak yang menjadi pelajaran kepada PAS.

Beliau menjelaskan, bahawa selagi Umno tidak boleh membuat perubahan, tidak menerima matlamat untuk mengubah sistem kehakiman, mengubah SPR, mengubah amalan demokrasi yang betul-betul demokratik yang adil; kalau Umno tidak sanggup membuat perubahan ini, tidak ada guna PAS mengadakan kerjasama dengan mereka.

“Mereka mesti terbuka untuk mengembalikan Kehakiman,mengembalikan Demokrasi, mengembalikan Kebebasan Media dan mesti dibuktikan dahulu dengan menunjuk sikap yang positif terhadap kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri dimana mereka rampas royalti Terengganu, yang menafikan royalti Kelantan, yang menafikan hak Pulau Pinang, hak Kedah …,” katanya.

Beliau juga berkata, “Kalau Umno nak bekerjasama , media-media mesti diberikan peluang kepada semua dan tunjukkan dahulu cara-cara yang baik termasuklah Federalisme, yakni konsep Persekutuan mengikut perlembagaan.”

“Tidak ada penunujuk-penunjuk arah yang positif. Bagaimana nak bekerjasama? Apa yang berlaku, makin hari makin merosot,” katanya lagi.

Seorang wartawan akhbar Sin Chew telah memuji kenyataan TGHA tersebut dengan mengatakan bahawa kaum Cina dan India tentu akan bertambah yakin terhadap apa yang dinyatakan itu, Tuan Guru menjawab :

“Ya, supaya kaum India dan Cina melihat kerajaan kita di negeri-negeri Pakatan Rakyat apa yang kita buat walaupun kita menghadapi pelbagai kepayahan, kita laksanakan seboleh mungkin yang kita buat.

Kepada pertanyaan wartawan yang sama , mungkinkah kaum Cina , India dan bukan-Muslim diterima terus menjadi ahli PAS selepas ini? Tuan Guru berkata:

“Ya, kita telah membuat satu anjakan paradigma dengan memasukan peruntukan di dalam perlembagaan PAS, menubuh Dewan Himpunan Penyokong PAS dan menjadikannya sebagai satu cabang daripada PAS.

Berita asal: alhusseyn51.blogspot.com

Komen (8)Add Comment
0
...
Dikomen oleh cikgu pencen , March 22, 2010
Mana lebih baik - biawak atau babi(DAP)
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
0
...
Dikomen oleh aliferozkhan , March 23, 2010
Kalau Cikgu pencen ibaratkan Babi ( DAP ) jadi Biawak yang dimaksudkan adalah Ketua pada kempulan Babi hutan (Gerakan) Babi tonyok suka mengawan (MCA) dan beribu Ular-ular dan kalajengking yang satu kempulan dalam Barisan Najis.....smilies/grin.gif
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
0
...
Dikomen oleh Santauangin , March 23, 2010
Bagi aku semuanya parti yg ada kat Malausia ni semuanya hancur. Baik PAS, UMNO maupun PKR. Parti yang terbaik dan boleh dibanggakan adalah DAP. Harapan aku agar MCA,GERAKAN dan parti cina yg lain dapat bersatu dgn DAP agar dapat memerintah Malaysia ini. Dah lama sangat pun me LAYU ni memerintah. Mcm mana geng. Biar Lim Kit Siang jadi PM kan baik.
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
0
...
Dikomen oleh aliferozkhan , March 24, 2010
salah satu cara apabila ketandusan hujah....mengunakan ''Metafora'' membangkitkan sentiment perkauman dgn mengaitkan dan konon mencadangkan Kit Siang sebagai PM......semua tahu hal begini tak mungkin terjadi baik dari segi metamatik ( jumlah kerusi kawasan Melayu ) dan dari segi Undang2 Perlembagaan ( Constitution ) dan Undang2 tubuh.....so jangan terpedaya dgn hujah2 sempit perkauman....disebelah PR banyak sosok-sosok yang berwibawa untuk menjadi PM....DSAI ada TGHH ada Salahudin Al Ayup ada Nizar ada Maafus ada Khyri ada...Oppss....macam2 ada
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
0
...
Dikomen oleh ahli pas , March 25, 2010
Apa la penyokong BN ni fikirkan. Biarlah profesional. Ni merapu je hujah. Kalau salah, katakan salah. Kalau benar katakan benar. Kalau tak tahu benar atau salah, pergi la belajar. Belajar agama tu lagi penting dari dunia. Hidup kat dunia ni kalau nasib baik dalam 60-70 tahun je. Kat akhirat selama-lamanya. Harap-haraplah melayu ni cepat-cepat pandai. Biar boleh humbangkan BN ni jauh-jauh. Sebelum banyak kemusnahan yang parti sekular melayu islam kononnya ni buat.
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
0
...
Dikomen oleh aku , July 19, 2010
Salam,

Macam biasa komen aku akan dideletekan sekali lagi disebabkan aku bukan penyokong PR.

TQ
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
0
...
Dikomen oleh ahli pas , July 24, 2010
Kalau nak komen, biarlah diri tu seorang manusia bukannya syaitan ataupun iblis yang tidak mengambil kira adat dan hikmah. Ni main provokasi jer. Hujah tak dak. So, komen iblis dan syaitan layak di delete. Penyokong PR atau BN tu bukan persoalannya.

Sekian
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
0
...
Dikomen oleh YAP AH LOY , July 31, 2010
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik menjadi PM Malaysia jika menang PRU 13.Manakala timbalannya adalah salah seorang pemimpin DAP.PAS pula akan dilantik menteri hal elwal islam untuk urusan agama islam dan bekas - bekas parti komponen utama BN (setelah umno kalah pru-13) seperti mca,mic,ppp,makkal sakti dan juga parti-parti daripada sabah dan sarawak akan dikurniakan jawatan menteri dan juga timbalan menteri.
Parti yang membentuk Pakatan Rakyat akan datang lebih kurang 15 buah parti kesemuanya.
insyaallah,umno akan tumbang jua tanpa bantuan parti-parti komponennya (1951-2012)
Tahun 2012 dengan rasminya akan tamat riwayat umno setelah memenrintah negara dari era kemerdekaaan negara hingga sekarang.iaitu 61 tahun.
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0

Tulis komen.

security code
Tulis huruf yang terpapar.


busy
Terakhir dikemaskini ( Isnin, 22 Mac 2010 01:46 )  

Terbaru

Hits : sejak 1 Mac 2009

Malaysiakini