RALAT
  • Ralat mendapatkan data Suapan.
Home Arkib Artikel Kenali PAS DS Nizar berkhutbah di Leeds, UK

DS Nizar berkhutbah di Leeds, UK

emel Cetak PDF

Leeds (United Kingdom), 19 Mac 2010 - YB Dato' Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin hari ini telah menyampaikan khutbah Jumaat dan memimpin solat Jumaat di hadapan kira-kira lebih 500 pelajar Muslim University of Leeds, UK. Khutbah yang disampaikan itu menyentuh isu perpaduan Ummat Islam yang secara jelas telah memukau ratusan sidang Jamaah yang hadir. Dato' Seri Nizar dalam rangka lawatan mewakili kepimpinan Perhubungan PAS Perak telah meluangkan masa ke University of Leeds atas jemputan Leeds Univerity Islamic Society (ISOC) untuk menyampaikan agenda penting Ummat Islam seluruh dunia.

Sidang Jamaah yang terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa daripada puluhan Negara luar UK itu ternyata terpegun dan tersentak dengan isi kandungan khutbah yang disampaikan beliau. Isu perpaduan Ummah sejagat ini dilihat sebagai satu agenda penting bagi mengembalikan kegemilangan Islam di seluruh dunia. Sebaik selesai berkhutbah, terdapat beberapa pelajar antarabangsa seperti daripada Arab Saudi, Turkey dan Indonesia menemui Dato' Seri dan melahirkan rasa terpegun mereka dengan isi kandungan penyampaian khutbah Jumaat hari ini.

Kehadiran Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin ke Leeds hari ini dan kesudian beliau memimpin sidang Jumaat hari ini telah melakarkan satu sejarah luar biasa. Leeds hari ini telah menyaksikan seorang pimpinan dari Gerakan Islam luar UK diberikan penghormatan untuk menyampaikan khutbah di hadapan para penuntut yang terdiri daripada latar belakang pengajian yang pelbagai. Sejarah yang dilakarkan ini juga membuktikan agenda perpaduan Ummah dan kemenangan Islam yang dibawa PAS ini bukanlah bersifat tempatan semata-mata, tetapi merupakan sesuatu yang bersifat 'alamiah dan menyeluruh.

Para penuntut yang ditemui selepas selesai solat Jumaat merakamkan rasa bertuah mereka kerana dapat bertemu dan mendengar khutbah yang disampaikan oleh YB Dato' Seri yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pimpinan kerajaan dan parti politik dari Malaysia. YB Dato' Seri juga sempat berkongsikan isu-isu setempat yang berlaku di Malaysia, khususnya di negeri Perak yang jelas telah membelakangkan prinsip keadilan sejagat selaras dengan firman Allah SWT dari surah al-Maidah ayat 8;

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."

Dato' Seri di dalam khutbah beliau melahirkan harapan supaya semua yang hadir, membelakangkan isu perbezaan kaum, bangsa dan negara bagi mencapai perpaduan Ummah yang berteraskan aqidah Islam. Beliau juga menasihatkan para Jamaah agar tidak terpengaruh dengan sandiwara Kerajaan Sekular di negara masing-masing yang berhasrat melemahkan ikatan antara Ummat Islam yang menjadi senjata utama kekuatan Islam sejak dari zaman Nabi SAW. Isu di Palestine yang dipetik sebagai contoh dilihat sebagai satu bukti nyata bagaimana perpecahan Ummat Islam boleh meruntuhkan agama itu sendiri.

Persinggahan Dato' Seri Nizar yang turut disertai isteri beliau, Datin Seri Fatimah Taat, anak beliau, Ustaz Syahid Muhammad Nizar dan wakil Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Al-Fadhil Ustaz Fakhrulrazi Mohd Mokhtar. Lawatan ringkas mereka ke Leeds diakhiri dengan pertemuan tidak rasmi dengan anak-anak Malaysia yang menuntut di Universiti ini.

sumber: dppperak.blogspot.com

Komen (9)Add Comment
0
...
Dikomen oleh Rah72 , March 26, 2010
Takbir MB Sah Perak Nizar. Semoga Allah akan memberikan kemenangan di PRU 13 dan tanam "ameno" gan Najib dan Zambry dlm "Kubur Rakyat". Takbir
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
0
...
Dikomen oleh MB Nizar , March 26, 2010
Wahai Pesuruhjaya PAS Perak,

Seperti biasa artikel ini macam masuk bakul angkat sendiri berkaitan khutbah Nizar di luar negara menyebabkan makmum terpegun dan tersentak.

Dengan kebolehan membaca khutbah untuk mengangkat martabat Nizar di luar negara sebagai salah satu acara lawatannya untuk menceritakan pasal politik di depan pelajar Malaysia.

Nampaknya PAS mengamalkan masuk bakul angkat sendiri untuk membetulkan maruahnya yang telahpun tercalar.

Dengan satu kerusi di dalam kabinet Perak sebelum ini, Nizar diangkat oleh PAS Perak sebagai jagoan dan rasa bangga mereka kepadanya.

Tapi tidak sedar bahawa populariti mereka telah jatuh menjunam tidak seperti yang dikomen oleh Rah72 di atas.

Sekian.
report abuse
vote down
vote up
Undian: -1
0
...
Dikomen oleh ahli pas , March 26, 2010
Habis tu nak berapa kerusi? Di Pulau Pinang dulu gerakan menang berbelas-belas kerusi ada ke lantik UMNO jadi ketua menteri? Statistik apa yg hang guna kata Mb Nizar menjunam populariti? Sedangkan undian di poll di face book, di surat khabar internet semua tunjuk populariti nizar ni naik. MB Haram zamri pun populariti naik juga, tapi naik dengan dikenali sebagai ketua perompak di perak. Sedar la skit wahai orang melayu islam. Sistem UMNO ni sistem sekular. Redha dengan sekular adalah kafir laknatullah. Tak ada beza sape yang redha ngan sekular nih dengan DAP yang hang kutuk tuh.... Ingat tuuuuu.....
report abuse
vote down
vote up
Undian: +1
0
...
Dikomen oleh Rah72 , March 28, 2010
kalau dah bodo mmg umnolah orangnya. Ko kata Nizar dah jatuh populariti tapi yg ko jd munafik n pakai nama "MB Nizar" tu kenape, nak menyamar la tu. Kita org yg ada ilmu bo kenal org umno bila baca pendapat/tulisan. Kalau pendapat/tulisan tu bodo maka sahlah yg tulis/pendapat tu org umno sebab org umno je yg bo kuar tulisan/pendapt BODO-BODO ni. Baik ko tukar nick ko tu k "umno bodo", senang aku nak maki. TAKBIR
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
0
...
Dikomen oleh ahli pas , March 28, 2010
Pada Rah72, inilah tugas dan cabaran selaku ahli pas untuk berdakwah dan memberi penerangan kepada penyokong-penyokong UMNO ni. Mereka kebanyakan terdiri dari orang yang kurang ilmu dan tidak dapat membuat penilaian dengan betul. Setengah nya pula mempunyai ilmu, sudah tahu kejahatan umno, tetapi disebabkan kepentingan nafsu, sanggup memepertahankan parti thoqut itu. Sama-samalah kita doakan mereka mendapat hidayat sebelum terlambat.
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
0
...
Dikomen oleh Pejuang Islam , April 17, 2010
Bodohkah kalau kita tonjolkan kehebatan Rasullah, Tapi tak bodohkan kalau tonjolkan 'kehebatan' Yahudi laknat sembelih rakyat Palestin. Bertaubatlah sebelum maut memanggil, nanti nyesal tak guna...
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
0
...
Dikomen oleh rakyat , August 02, 2010
ahli umno sekarang dalam kepala otak dia duit.duit.duit.... ahli pas pula kuasa.kuasa.kuasa...entahlah labu tak tahu lagi nak sokong parti mana.baik aku pegi iraq ke,mesir ke pulak sokong parti kat sana yang aku suka.hehehehe
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
0
...
Dikomen oleh ahli pas , August 07, 2010
Dah tengok rumah pemimpin-pemimpin PAS? Dah dah banding dengan rumah pemimpin2 UMNO? Dah tengok rumah Tok guru Nik Aziz? Dia dah 20 tahun lebih jadi MB kelantan. Cuba bezakan rumah dia dengan rumah khir toyo. Mana lagi besar.

Berlakulah adil wahai saudara. Celek mata, nilai dengan hati, bukan dengan nafsu atau emosi.
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
0
...
Dikomen oleh shahir af 8 , August 07, 2010
smilies/wink.gifsmilies/grin.gifsmilies/tongue.gifsmilies/kiss.gifsmilies/cry.gifsmilies/kiss.gifsmilies/tongue.gifsmilies/cool.gifsmilies/shocked.gifsmilies/sad.gifsmilies/angry.gifsmilies/grin.gifsmilies/cheesy.gifsmilies/wink.gifsmilies/smiley.gif
[/qf77esuhsyhtshuote]hai
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0

Tulis komen.

security code
Tulis huruf yang terpapar.


busy
Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 26 Mac 2010 01:08 )  

Terbaru

Hits : sejak 1 Mac 2009

Malaysiakini