Home Arkib Artikel Isu Semasa Perak Ganesan tolak soalan ADUN Pakatan Rakyat

Ganesan tolak soalan ADUN Pakatan Rakyat

emel Cetak PDF

IPOH, 28 Mac :- Ganesan sengaja membuat alasan untuk menolak semua soalan yang dikemukan olen 20 ADUN PR yang disampaikan secara tangan dan hanya menerima soalan dari 7 Adun yang menghantar dengan emel disebab mereka tidak mampu untuk menjawab soalan yang kami kemukakan, demikian antara kenyataan media oleh Speaker Perak, V. Sivakumar dalam sidang media di pejabar PR Perak di sini sebentar tadi. Hadir sama bersama beliau adalah ADUN Titi Serong, Simpang Pulai dan Kuala Sepetang.



"Ganesan cuba lari untuk jawab soalan dengan menggunakan taktik kotor dengan alasan yang tidak munasabah kononnya yang dihantar melalui email sahaja diterima", jelasnya.

Beliau juga menegaskan tindakan penolakan soalan tersebut jelas bertentangan dengan Peraturan Tetap Dewan Perkara 22 (2) yang menyebut, "Notis yang berkenaan dengan tiap-tiap soalan hendaklah dihantar oleh seseorang ahli tidak kurang dari 14 hari dengan menghantar kepada Setiausaha Dewan di pejabat Setiausaha Dewan pada waktu pejabat.

Selain itu beliau menunjukkan salinan bukti semua soalan dari 20 ADUN PR yang telah dicop tanda terima oleh Setiausaha Dewan.
"Siapa serah tidak timbul yang penting ia telah menepati peraturan yang ada" katanya lagi.



Pada kesempatan itu Sivakumar telah mendedahkan sepucuk faks dari mantan MB Perak yang juga ADUN Pengkalan Hulu yang menjawab surat yang beliau hantar untuk bersidang pada 30 Mac ini. Disamping itu dia mengucapkan terima kasih dengan pengiktirafan kepada surat yang dihantarnya.

"Bukan setakat difakskan tetapi Setiausaha beliau telah menelefon pejabat saya dan bertanyakan adakah menerima surat tersebut", jelas beliau merujuk kepada pengesahan penerimaan surat dari Tajol Rosli.



Perkara ini sekaligus menunjukan isu yang dibangkitkan Zambry bahawa kita iktiraf Ganesan sebagai Speaker tidak berbangkit. Dalam satu soalan dalam perkembangan yang berkaitan, beliau juga mengesahkan telah menerima sepucuk surat untuk hadir pada esok hari pada jam 12.00 tengahari disebuah balai polis di Ipoh untuk menjawab berkenaan dengan laporan oleh Ganesan.  Bila ditanya akan hadir atau tidak katanya, " Esok saya jawab".

sumber: idhamlim.blogspot.com

Komen (0)Add Comment

Tulis komen.

security code
Tulis huruf yang terpapar.


busy
Terakhir dikemaskini ( Ahad, 28 Mac 2010 14:58 )  

Terbaru

Hits : sejak 1 Mac 2009