RALAT
  • Ralat mendapatkan data Suapan.
Home Arkib Artikel Isu Semasa Perak Sekitar Sidang DUN Perak

Sekitar Sidang DUN Perak

emel Cetak PDF

Perhimpunan Polis, itulah reaksi awal yang telah digambarkan oleh Adun-adun PR kepada media sebentar tadi. Persidangan kali telah mencatatkan satu lagi sejarah hitam demokrasi di Malaysia, Media sahkan tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan dan hanya dibenarkan dalam galeri sahaja.

Walaupun tiada ketegangan serius dari pihak PR atau BN dalam dewan, namun layanan yang diberikan kepada Adun PR sangat-sangat mendukacitakan terutama dari pihak keselamatan.

Bagaimanapun sebelum Raja Nazrin Shah menyampaikan titah perasmiannya, ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mula bertikam lidah.Wartawan tidak berjaya mendengar perbalahan mereka kerana ditempatkan di sebuah bilik yang kalis bunyi, di atas dewan berkenaan. Dengan kehadiran penuh 59 Ahli Dewan Undangan Negeri dari PR dan BN, tiada sebarang perbahasan pada hari ini.

Berikut adalah kenyataan media PR selepas sidang DUN

DS Nizar : Kami baru balik dari perhimpunan polis, tetapi kami bersama DYMM Pemangku Perak dalam acara perasmian tadi. Kami dihalang untuk mengadakan sidang media di perpustakaan seperti biasa. Kami tidak dibenar masuk dalam dewan ikut pintu E dan dikatakan itu adalah pintu BN,kami protes dan akhirnya kami dibenarkan masuk.

Speaker V.Sivakumar : Saya tidak nampak media dalam dewan yang seharusnya diketahui oleh rakyat umum. Sepatutnya media semua pihak dan blogger dibenarkan masuk . Persoalan kenapa ini dibuat dan telah mencemar demokrasi. Speaker Sivakumar juga menjelaskan sebentar tadi bahawa polis cuba merampas bajunya namun dia membantah dan pihak polis gagal mengambil begnya.

Dato' Ngeh : Saya cabar supaya esok hari tidak ada polis. Dan kita akan lakukan sesuatu kalau esok masih ada polis. Keselamatan kami tergugat dan kami mohon jaminan. Saya mendapati agenda berikut tidak ada perbahasan, apa sudah jadi? Polis yang datang hari ini dibawa dari banyak tempat termasuk yang saya kenal sekumpulan dari Manjung.

Sidang DUN Perak akan bersambung esok.. Dengar cerita, semua ADUN PR akan berpakaian serba hitam.

Sumber 
Berita : Sendiri Mau Ingat
Foto : Cina Islam

Komen (6)Add Comment
0
...
Dikomen oleh selat corner , March 31, 2010
anda semua pimpinan pakatan rakyat..bersabar.kami sebagai penggundi d pelusuk perak akan menghukum kezaliman mereka.jangan risau.Allah itu maha mengetahui dan maha adil.
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
0
...
Dikomen oleh pejuang , April 01, 2010
dato seri nizar teruskan perjuangan kita utk menghapuskan umno laknatullah. insyallah kita akan memerintah semula perak.
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
0
...
Dikomen oleh Rahim72 , April 01, 2010
Usah gusar para YB, ingatlah pejuang kebenaran mmg akan menghadapi dugaan especially lwn umngok ni. Umngok ni tak de undang2, kita mohon Allah tunjukkan kebenarannya. Ingatlah umngok, kebenaran itu tetap akan diketahui dan kebatilan akan terkubur gak. Kjaan Firaun pun boleh tumbang inikan lak kjaan umngok yg dipimpin oleh pemimpin yg bongok dan bengong. Hancur umno
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
0
...
Dikomen oleh shabab_727 , April 06, 2010
salam..kepada pemimpin pkatan rakyat perak hrp b'sabar dgn ujian ini..dgn ujian ini akan lebih mematangkan kita..perjuangan kita mesti diteruskan bg merampas kembali kerajaan haram BN di perak..kami sebagai penyokong n pendokong PAS akan terus memberi sokongan n dokongan di atas segala usaha yg pihak PAS lakukan demi Islam tercinta insyaallah...
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
0
...
Dikomen oleh takbir!!! , April 15, 2010
tahniah kepda semua yb pakatan rkyat..teruskan usaha anda membubarkan dun...tgakkan benang yg basah..atas kezaliman mereka buat...tunjjukan kepimpinan yg meyerlah sebgai YB,dengan perangai yg tidak senang ibarat mcm budak-budak...allahukabar!!!!..tpi kami merasa malu sdkit..harap skap2 yb pr berubahalah..tpi ....xpe..perangai dan skp yg ditunjukkan itu jelas...menunjukan keruntuhan keperibadian seseorang pemimpim.islam didahulukan...tegakan untuk membina sebuah negara islam...allahuakbar!!!!
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
0
...
Dikomen oleh ganu , May 10, 2010
teruskan pejuang Hiodup P.r
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0

Tulis komen.

security code
Tulis huruf yang terpapar.


busy
Terakhir dikemaskini ( Selasa, 30 Mac 2010 20:48 )  

Terbaru

Hits : sejak 1 Mac 2009

Malaysiakini