RALAT
  • Ralat mendapatkan data Suapan.
Home Arkib Artikel Dewan Pemuda Temasya Sukan PASTI Kawasan Gopeng 2010

Temasya Sukan PASTI Kawasan Gopeng 2010

emel Cetak PDF

IPOH 4 APRIL: Pagi tadi berlangsungnya Sukan Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam) peringkat Kawasan Gopeng di Padang Bolasepak Rapat Setia, Ipoh. Dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar bin Hussain.

Empat Pasti yang diwakili oleh Pasti Ehsan (Rapat Setia), Pasti Ammar (Changkat Larang), Pasti Pintar (Simpang Pulai) dan Pasti Sinaran Wahyu (Gopeng) bersaing untuk bergelar juara bagi tahun ini dan membawa pulang Piala Pasti serta Piala Pusingan. Pasti Ammar telah menjuarai Sukan Pasti ini pada tahun lalu.

Sukan Pasti tahun ini yang membawa tema "Riadah Islami: Citranya Membina Insan Harmonis" telah memilih Pasti Ehsan daripada Rapat Setia sebagai tuan rumahnya.

Sejak seawal jam 7.30 pagi lagi anak-anak murid Pasti yang seramai hampir 100 orang itu telah bersemangat berhimpun di Padang Rapat Setia untuk bersama-sama menjayakan temasya sukan bagi tahun ini.

Sungguhpun padang agak becak akibat daripada hujan lebat pada sebelah malam sebelumnya, namun itu sedikit pun tidak menggugat perjalanan sukan yang dinanti-nantikan oleh anak-anak Pasti ini.

sumber: ajijoi.blogspot.com

Komen (0)Add Comment

Tulis komen.

security code
Tulis huruf yang terpapar.


busy
Terakhir dikemaskini ( Ahad, 04 April 2010 23:21 )  

Terbaru

Hits : sejak 1 Mac 2009

Malaysiakini