Home Arkib Artikel Isu Semasa Perak Perlantikan Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) Perak tidak ikut peraturan

Perlantikan Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) Perak tidak ikut peraturan

emel Cetak PDF

PAS Perak membantah keras Kerajaan BN melantik Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) seluruh Perak tanpa mengikut peraturan dan tatacara perlantikan yang betul. PAS membantah dan mempersoalkan perlantikan tersebut berdasarkan perkara-perkara berikut :-

1. Mengapa surat perlantikan PPMD ditandatangani oleh CEO Majlis Agama Islam Perak(MAIAMPk) ? Sedangkan PPMD adalah jawatan yang dibiayai peruntukannya oleh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) . Manakala perlantikannya diperingkat negeri adalah di bawah urusetia Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) melalui Bahagian Pengurusan Masjid dengan Pegawai Penyelaras Takmir Masjid (Pegawai Hal Ehwal Islam, JAKIM) di tempat di situ. Penempatannya pula di di Pejabat-pejabat Agama Daerah bukan di MAIAMPk atau Baitul Mal Daerah, pemantauan atau penyelian tugas di bawah pentadbiran Pegawai Tadbir Agama Daerah, manakala elaun atau gaji mereka terus daripada JAKIM (tidak melalui MAIAMPk).

2. Lazimnya proses perlantikan PPMD adalah melalui Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Daerah dan Orang Besar Jajahan (OBJ) bagai daerah berkenaan. Semua permohonan akan diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Masjid untuk proses pemilihan melalui temuduga oleh pihak JAKIM dan JAIP. Malangnya prosedur ini tidak dipatuhi, campurtangam politik UMNO BNlah yang menentukan proses perlantikan ini, sebahagiannya pula dicalonkan tanpa pengetahuan awal mereka hinggalah diberi tahu tentang perlantikan itu dan diarahkan untuk menerima Surat Perlantikan di Majlis Menghafaz Al Quran Negeri Perak dan Pentauliahan Imam-Imam Daerah Hilir Perak di Teluk Intan pada 5.4.2010.

Jelas kerajaan BN menafikan hak pemohon-pemohon yang berminat melalui prosedur yang telah disarankan Mesyuarat MAJLIS dengan syarat kelulusan yang munasabah melalui saluran OBJ dan JAIPk. Mereka yang mempunyai kelayakan tidak dipanggil temuduga.

3. PAS Perak menyedari bahawa adalah elemen dan unsur-unsur menpergunakan nama Tuanku bagi melantik hanya orang-orang UMNO sahaja yang layak memegang jawatan tersebut tanpa melalui proses temuduga.

Sehubungan dengan itu, PAS Perak membantah sekeras-kerasnya tatacara perlantikan PPMD yang dibuat oleh kerajaan UMNO BN dengan membelakangi peraturan yang diguna pakai sebelum ini.

PAS Perak menuntut Surat Perlantikan ditarik balik dan dibuka permohonan sekali lagi bagi membolehkan perlantikan dibuat semula melalui proses temuduga.

PESURUHJAYA PAS PERAK

UST ABU BAKAR HUSEIN.

Komen (3)Add Comment
0
...
Dikomen oleh Salahuddin , May 06, 2010
Ust.Abu Bakar Husein ada masalah ker dgn perkara ini..tiada kan.Di Selangor pun dh buat huru hara dgn Masjid dan pelantikanya.Knp nak melalak disini kami jemmah masjid pilih seorg dan MAIS di bawa Hasan Ali letak org PAS adil ker itu?
BIla dah kena batang hidung sdiri baru nak buat kecoh ..terima aje lah.Dan ingat pada Qadah dan Qadar di tetukan oleh Allah SWT.Tapi yg heran org PAS bab itu tak nak sentuh plk...takut ker?
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
0
...
Dikomen oleh anak kecil main api , May 16, 2010
Assalamualaikum....ibubapa.guru-guru, ustaz, ulamak berkata kepada anak kecil. Berkawan dengan orang baik-baik. Siapa orang baik baik itu ibu / Ibu menjawap orang yg tidak berbohong, menzalimi orang lain, takutkan hukum Allah. Insaalllah anak akan selamat. siapa yang suka berbohong ? Siapa yang menzalimi orang lain, siapa yang tidak takut dengan hukum Allah . sila lakukan.....jawapannya tetap akan tiba...seperto orang2 yang telah pergi. Jika anda berani ayuh teruskan..Allah tidak rugi daripada apa yang anda lakukan. wassalam
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
0
...
Dikomen oleh rakyat , July 31, 2010
Masa pas perintah terengganu semua iman dan bilal masjid rakyat dipecat.Dan jawatan iman diganti oleh individu yang berpaksi politikal pas.Jemaah masjid sangat marah,tapi apa boleh buat,pas punya kuasa veto yang kurniakan oleh Allah sebelum di tarik semula oleh yang maha esa
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0

Tulis komen.

security code
Tulis huruf yang terpapar.


busy
Terakhir dikemaskini ( Khamis, 15 April 2010 21:02 )  

Terbaru

Hits : sejak 1 Mac 2009