
IPOH, 14 JUN: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain dalam
kenyataan medianya hari ini menyatakan bahawa komitmen PAS untuk
menegakkan keadilan adalah satu agenda utama yang tidak pernah padam
dalam prinsip perjuangan PAS sejak dari awal penubuhannya lagi.
Menurut beliau, hanya dengan meletakkan prinsip keadilan yang di bawa
oleh Islam dalam segala sudut kehidupan maka segala permasalahan yang
timbul di dunia ini akan dapat diselesaikan.
Beliau juga menyatakan dengan terbentuknya Dewan Himpunan Penyokong
PAS sebagai salah satu sayap penting perjuangan PAS, perkara ini
menunjukkan bahawa orang-orang bukan Islam menaruh harapan dan
keyakinan yang tinggi kepada PAS bagi membawa keadilan untuk seluruh
rakyat di Malaysia, hal ini kerana orang bukan Islam kini jelas
bahawa Islam yang yang diperjuangkan PAS adalah satu perjuangan yang
mulia ,bersih, adil lagi berakhlak .
Beliau menambah lagi, PAS kini sudah bersedia bagi menggantikan UMNO
sebagai parti Melayu yang meninggalkan ajaran Islam, bagi beliau UMNO
masih lagi mengekalkan ketidakadilan dalam segala sudut perjuangannya
samada dalam bidang, sosial, politik, pemerintahan, ekonomi dan
sebagainya.
Justeru itu, PAS kini dilihat sebagai parti yang terbaik untuk
menggantikan UMNO. "Walaupun hampir 53 tahun memerintah negara, namun
sehingga kini UMNO masih tidak dapat membawa prinsip keadilan kepada
orang Melayu dan bukan Melayu dalam agenda perjuangan mereka", jelas
beliau.
Beliau juga yakin bahawa PAS mampu memimpin rakyat dalam membentuk
gelombang keadilan yang telah ditawarkan Islam sejak sekian lama bagi
merealisasikan sebuah masyarakat yang adil dan harmoni bagi mendapat
kerahmatan dari ALLAH SWT.

Dikomen oleh anak perak , June 21, 2010







