Home Arkib Artikel Isu Semasa UMNO DAN JUDI MUHASABAH UNTUK RAKYAT - PESURUHJAYA PAS PERAK

UMNO DAN JUDI MUHASABAH UNTUK RAKYAT - PESURUHJAYA PAS PERAK

emel Cetak PDF

IPOH 18 JUN: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain
menyifatkan tindakan kerajaan yang masih mempertahankan keputusan
untuk menghalal dan merelakan perjudian melalui pemberian lesen yang
membenar pertaruhan bola sepak adalah tidak munasabah untuk mana-mana
agama, lebih-lebih lagi agama Islam.

Menurut beliau sebarang bentuk perjudian sama ada berlesan atau
sebaliknya, hanya membawa masalah antaranya pergaduhan, perpecahan
rumahtangga dan bebanan hutang yang besar.

Beliau menyatakan kini umat Islam khususnya dapat melihat betapa
dangkal dan sekularnya pemikiran pemimpin Umno. "Apakah pemimpin umno
tidak tahu bahawa mana-mana bentuk ‘pertaruhan’ adalah sebahagian
daripada judi yang diharamkan secara qat’ei oleh Qur’an?", soal beliau.

Beliau menegaskan agar seluruh pemimpin Umno agar kembali merujuk Al
Quran Karim, Allah menyebutnya secara nyata bersama-sama dengan arak
untuk dijauhi – "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak,
berjudi, berhala,dan tenung nasib itu adalah keji dari perbuatan
syaitan. Sebab itu hendaklah kamu menjauhinya, mudah-mudahan kamu
mendapat kejayaan”. ( Al Maidah 90 )

Beliau mempersoalkan pemimpin Umno adakah ketika berdepan dengan
dalil-dalil Al Quran pemimpin Umno boleh membahagi-bahagikan judi
kepada judi haram dan judi halal? Mengapa pula pertaruhan wang sempena
Piala Dunia 2010 dianggap halal dan boleh dipertimbangkan untuk diberi
lesen?! Apakah alasan “mengelakkan pertaruhan serta perjudian ‘tidak
berlesen’ “ di negara ini boleh diterima di sisi Syariat Islam?!

Justeru itu beliau menyeru agar seluruh rakyat berpaling dari
pemimpin-pemimpin umno yang sengaja mahu membawa rakyat Malaysia
ke arah kemurkaan Allah SWT, Langkah pihak kerajaan Umno memperkenalkan
lesen judi sukan dalam negara ini adalah satu tindakan yang menyimpang
dari ajaran Islam bahkan akan menambahkan penyakit sosial yang kronik
di kalangan rakyat Malaysia kini.

Komen (3)Add Comment
0
...
Dikomen oleh anak perak , June 21, 2010
ustaz kata judi haram.tapi dalam surah al maidah ayat 90 yang ustaz tulis diatas ada juga lain2 dan salah satunya arak... jadi persoalan saya yang keliru ni,,adakah persetujuan pas membenarkan arak di selangor itu tidak salah?saya tau pas menentang tapi taklahh selantang isu judi ni... takkan boleh pilih2 kot nak menentang?istiqamahlah wahai orang pas..kata nak tegak negara islam,tapi sekarang negara islampun dah tak sebut dah..takut dengan tuhan ke takut dengan allah?
kalau arak pas kata untuk orang bukan islam jadi judi ni untuk orang bukan islamlah...samalah apa yang pas buat di selangor,,apa yang susah sangat?alangkah baiknya kalau pas ingatkan umat islam supaya jangan berjudi,org bukan islam tak apalah,sebab tak salah bagi mereka,tak adalah anak cina kena tangkap jadi bookie sebab ada tempat berlesen judi piala dunia.saya cadangkan ustaz bagi contoh negeri mana yang pas perintah yang judi dah diharamkan sebab melanggar ajaran islam,barulah ramai sokong pas...tak gitu?
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
0
...
Dikomen oleh syuk , June 22, 2010
assalamualaikum

anak perak...betul jugak apa yg anak perak cakap...
tapi kena faham..kita ada undang2. Selangor, pernah ada kes pas larang ARAK...namun selagi kita tak pegang pusat
selagi tu lah kita terpaksa ikut rentak UMNO cuma kita blh kawal guna kuasa ppbt. 1 lg, sama2 kita kaji fiqh2 waqe' muazanah ataupun maslahah2 dlm isu2 mcm ni..
cdgn yg bagus drp anak perak...PAS perak blh kaji, bawa kpd PAS pusat..

'PAS adil utk semua' tapi 'UMNO dgn kroni pon kdg2 cantas gak'
smilies/grin.gif
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
0
...
Dikomen oleh zulkifle che hassan , July 06, 2010
tuan,
umno dan judi sinonim.Allah akan binasakan mereka.
zul
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0

Tulis komen.

security code
Tulis huruf yang terpapar.


busy
Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 18 Jun 2010 16:12 )  

Terbaru

Hits : sejak 1 Mac 2009