
Ipoh, 20 Jun - Besersempena dengan hari bapa pada 20 Jun setiap tahun Dewan Pemuda PAS Negeri Pk. (DPPNPk) mengucapkan selamat Hari Bapa kepada semua mereka yang bergelar bapa. DPPNPk melalui Sdr. Salman Salleh selaku Naib Ketua Pemuda PAS Perak hari ini mewakili semua pemuda PAS perak mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada sesiapa sahaja yang kini bergelar bapa. Menurut Salman, pemuda PAS sentiasa menghargai pengorbanan bapa. “Pemuda PAS menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka yang bergelar bapa, dan sentiasa menyelami perit jerih seorang bapa” menurut beliau.
Sehubungan dengan itu DPPNPk berbesar hati pada hari ini menganugerahkan bapa mithali kepada pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussin yang merupakan bapa kepada anak dan suami kepada seorang Isteri yang tercinta Ustazah Seti Rafeah bt.Haji Ramli. Ust. Abu Bakar 58, adalah seorang bapa kepada 6 orang anak yang yang tidak kenal erti penat lelah dalam mebesarkan anak-anak beliau. “Hari ini kita DPPNPk, menganugerahkan Bapa Mithali kepada Al-Fadhil Ust. Abu Bakar Hussin atas pengorbanan beliau membesar anak-anak sehingga berjaya dalam pada masa yang sama menginfakkan diri dalam perjuangan PAS”. “Pengobanan beliau amat lah besar buat perjuangan Islam dan kami Pemuda PAS mengagumi sikap dan kepimpinan beliau”.
Oleh itu DPPNPk menyaranakan kepada semua Pemuda PAS agar dapat mencontohi semangat juang Al-Fadhil Ust. Abu Bakar yang begitu gigih berjuang demi melihat Islam dapat ditegakkan dibumi Perak khasnya dan Malaysia tercinta umumnya. Akhirnya Pemuda PAS juga menghargai semua bapa-bapa di perak khasnya bapa kepada pejuang-pejuang Islam (PAS). “Didiklah anak-anak kita supaya lahirnya zuriat seperti, Salahuddin Ayyub, Sultan Muhammad Al-Fatih, Umar Abdul Aziz dan semua pejuang-pejuang Islam dimuka bumi ini” Menurut Sdr. Salman.
Salman Salleh
Naib Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS perak.








