
IPOH, 29 JUN: Pesuruhjaya PAS Perak hari ini menegaskan sekali lagi
bahawa, negara pada hari ini panas membincangkan isu sebuah perunding
komunikasi yang dikaitkan dengan syarikat yang dimiliki oleh rejim
zoinis Israel. Malaysia dikatakan telah menandatangani perjanjian
dengan syarikat APCO Worldwide sebagai perunding komunikasi bagi
membersihkan imej negara di peringkat antarabangsa.
"Dalam satu sudut pandang, ianya nampak positif iaitu untuk menarik
pelabur asing masuk ke dalam negara kita. Namun pada hakikatnya, kita
tidak bersetuju dengan syaikat perunding berkenaan disebabkan secara
jelasnya ia dimiliki oleh golongan Yahudi yang sememangnya menjadi
musuh umat Islam", jelas beliau.
Pada mulanya, pendedahan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Dato’
Seri Anuar Ibrahim menimbulkan polemik yang tersendiri dikalangan
rakyat. Namun selepas beberapa hari daripada itu, maka pengakuan oleh
Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin sendiri mengesahkan
bahawa jumlah yang dibayar kepada syarikat perunding berkenaan ialah
sebanyak RM76.5 juta.
"Kami diperingkat PAS merasa sungguh kecewa dengan berita tersebut
kerana ia melibatkan maruah negara dan agama Islam. Mana tidaknya,
kita mengisytihar negara ini sebagai negara Islam, namun sebaliknya
kita berkompromi dan menggunakan khidmat musuh Islam yang nyata telah
menyembelih adik-beradik Islam kita yang berada di Palestin", tegas
beliau.
Beliau menjelaskan lagi bahawa, perkara ini secara tuntasnya akan
menimbulkan kemarahan masyarakat khususnya ummat Islam kerana kita
pada awal lagi tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara, namun
apa yang berlaku sebaliknya kita bersetuju dan menggunakan syarikat
yang datangnya daripada Israel sendiri. Mana prinsip dan maruah kita?
Buktinya jelas bahawa syarkat ini adalah antara penyumbang kepada
kewangan Israel : ” Its CEO in Israel, Gad Ben-Ari, was a personal
adviser of the late PM Yishak Rabin. Also, the relationship between
Israel and APCO is more than merely having an office in Tel Aviv.
APCO’s activities in the Zionist state go beyond the civilian sectors”.
Jumlah bayaran RM76.82 juta juga menjadi persoalannya. Perbelanjaan
yang banyak ini tidak dinyatakan dan dimaklumkan kepada rakyat
khususnya dan hanya dimaklumkan selepas ditanya di dalam Dewan Rakyat
selepas isu ini timbul. Rakyat membayar cukai bukan kepada kerajaan
bukan untuk dibelanjakan kepada sebuah syarikat zionis, tetapi rakyat
mengharapkan ianya (hasil cukai) digunakan untuk manfaat rakyat yang
lain. Namun akhirnya duit itu menjadi pembiaya utama kepada Israel
yang semakin bengis dan rakus membunuh ummat Islam di Palestin.
Semetara itu dalam sidang yang lain Setiausaha Badan Perhubungan PAS
Perak, Ustaz Misbahul Munir menyatakan dengan jumlah hampir RM77 juta
itu, kerajaan mampu memberikan biasiswa kepada lebih 4000 mahasiswa
sekiranya duit itu dibelanjakan untuk membina modal insan yang boleh
mencorakkan imej negara dengan lebih baik berbanding syarikat
perunding. "Mana keutamaan kita untuk membangunkan modal insan yang
boleh berbakti kepada Negara atau hanya membersihkan imej untuk
kepentingan politik dalam masa yang singkat sahaja?", soal beliau.
Ternyata dengan timbulnya isu ini, PAS tidak akan berdiam diri
sehinggalah kerajaan membatalkan perjanjian dengan syarikat berkenaan
demi menjaga maruah dan nama kita kerana ia jelas melanggar prinsip
dan teras dalam perhubungan kita dengan pihak luar.
Persoalan yang saya timbulkan ialah, kenapa perlu melantik sebuah
syarikat perunding komunikasi sedangkan kita telah berbelanja besar
untuk membayar duta-duta kita keseluruh negara yang mempunyai hubungan
dengan kita? Apa fungsi duta kita? "Bukan sekadar itu, kita pula
melantik syarikat yang datangnya dari negara yang langsung tidak
mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia", tegas beliau lagi.







