
IPOH, 18 Julai – Kesediaan Mufti Perak untuk menyatukan PAS dan UMNO merupakan satu tindakan yang dapat diumpamakan seperti ayam berkokok berdegar-degar, najis terpalit di badan sendiri.
Mengulas mengenai tindakan Mufti Perak tersebut, Ustaz Abu Bakar Hussain mengatakan, sebagai orang yang memahami agama di dalam UMNO, beliau sepatutnya terlebih dahulu berusaha menyelamatkan pegangan agama Islam pemimpin-pemimpin UMNO yang dilihat telah menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar kerana mereka berpegang kepada fahaman sekular.
Selain itu Ustaz Abu Bakar Hussain juga menyarankan supaya Mufti Perak menyatukan perpecahan teruk yang berlaku di dalam UMNO dan Barisan Nasional pada waktu kini.
Beliau mengatakan demikian dengan merujuk kepada beberapa kes sebelum ini seperti di Selangor dan juga di Terengganu yang sehingga kini masih lagi belum selesai. “Kita melihat perpecahan dalaman UMNO yang sangat ketara membahayakan perpaduan rakyat di negara ini.
Memetik ucapan beliau, ”Pimpinan UMNO yang menerajui Barisan Nasional kini dilihat sebagai agen penyebar api perkauman yang semakin marak dan gagal mewujudkan sebarang perpaduan dikalangan rakyat Malaysia ”, sambil menceritakan perihal kerajaan BN yang dilihat mendiamkan diri ketika PERKASA terus menerus mewujudkan pergeseran antara kaum.
Beliau berkata, Dato’ Seri Harussani Zakaria tidak perlu menyatukan PAS kerana dalam hal ini, PAS sememangnya telah bersatu atas dasar Islam.
Semenjak dari awal kewujudan, PAS telah berjuang untuk menyatukan masyarakat Melayu di negara ini yang secara umumnya diketahui beragama Islam dan kaum lain yang berada di dalam negara.
Selain itu beliau juga menyatakan bahawa PAS amat terbuka di dalam Pakatan Rakyat dalam usaha untuk menegakkan keadilan yang selari dengan ajaran Islam kepada seluruh rakyat di Malaysia.
Tambahnya lagi, sebagai parti tunggal di dalam negara ini yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan, PAS membuktikan bahawa semua parti dan kaum dapat bersatu bersama dengan PAS kerana PAS bukanlah parti perkauman seperti UMNO bahkan lebih terbuka dan berjiwa negarawan berbanding dengan UMNO yang dilihat berfikiran tertutup kerana dalam setiap tindakan mereka, tujuannya hanyalah untuk memastikan kaum lain tunduk di bawah pimpinan UMNO yang menerajui Barisan Nasional.

Dikomen oleh aku , July 19, 2010
cuba lah berfikiran positif sikit...sesetengah orang yang mengaku Islam memang suka mengata padahal kita dah tahu apa hukumnya..
TQ
Dikomen oleh aku , July 19, 2010
sesetengah pemimpin itu takut untuk bersatu, dikhuatiri akan hilang pangkat dan kedudukan...nampak sangat bukan berjuang kerana Tuhan yang satu yang maha Mengetahui..
TQ
Dikomen oleh aku , July 19, 2010
cubalah berfikiran posotif sedikit...negatif memanjang orang-orang yang mengaku memperjuangkan Islam....
TQ
Dikomen oleh aku melayu , July 20, 2010
Dikomen oleh aku , July 20, 2010
aku tengok ultrakiasu dalam politik memang tak geng, luar politik memang kamcing...melayu@Islam? setiap masa nak bermusuh...yang mengaku memperjuangkan Islam tiada langsung sifat maaf-memaafkan...hati tu penuh dengan sifat kebencian/dendam...pemerintahan sekarang aku tengok lebih bersifat sederhana (Islam).
TQ
Dikomen oleh aku , July 20, 2010
kekadang aku tengok muka-muka yang memperjuangkan Islam (konon) tetapi riak muka tu takde/kurang mencerminkan kejernihan seraya melambangkan kesucian sifat2 Islam itu sendiri.
TQ
Dikomen oleh burung merpati , July 20, 2010
habis kalau kaum Cina ramai2 masuk Islam hang mufti nak cakap apa..nak suruh depa menganut agama lain ker...podahhh
mufti umnapco pira mabuk buat malu kaum melayu jer...kalu nak satukan bangsa Nabi tak ajar ...mufti taraf mata duitan jer yg sanggup mengadaikan maruahnya sendiri yg landasan agamanya berdasarkan kebangsaan kalu nak diikutkan banyak lagi nak komen tapi bg ler chan kat org2 lain gak .....mufti perak dah begong nampak duit buta hati.
Dikomen oleh Al-Ghaib , August 02, 2010
AKU bukanlah macam aku. AKU barangkali belum belajar lihat sejarah. AKU percaya benar-benar kepada UMNO berjuang untuk ISLAM tetapi AKU belum belajar perjuangan untuk Islam tu bagaimana? Lawan hukum Allah? Tolak hukum Allah? Orang lain nak laksanakan hukum Allah ditentang, dilawan dengan berbagai cara hingga memfitnah, bak fitnah si Abdullah Saba' pada zaman Rasulullah.
Juara perpaduan Melayu? Kerajaan Melayu Kelantan dinafikan hak royalti minyak. Kerajaan Melayu Terengganu juga begitu. Lihat di kampung-kampung, Melayu bukan UMNO disisihkan dari pembangunan infrastruktur, hatta jalan kampung pun tidak diberi. AKU sudah berapa kurun duduk dalam UMNO? Dalam UMNO pun masih tidak boleh bersatu, janganlah mimpi nak berkawan dengan orang PAS. KALAU KITA BERSATU PADU untuk menegakkan Islam, silakan ......Biasiswa anak Melayu ke Universiti diganti dengan pinjaman PTPN ala pinjaman ceti. Awak tahu tak, biasiswa kepada anak Melayu belajar di universiti adalah hak Istimewa Melayu yang dipelihara Perlembagaan. AKU....AKU.... bodoh, buta mata, hatta pekak telinga. Ejen UMNO KOT.
Awak tahu sejarah bagaimana UMNO lakukan kepada orang PAS? UMNO bunuh A.Y. Ibrahim Libya dituduh penjenayah konon. UMNO musnahkan sebahagian besar tanah rezab Melayu. Hah....... banyak sangat bukti.
Kalau akulah AKU, aku tinggalkan UMNO rasuah, UMNO zalim, UMNO penipu, pembelit. Berpura-pura baik nak tiru apa yang terjadi di dalam Peperangan Sifin konon. Nak berpura-pura baik, tetapi dalam hati busuk, penuh muslihat, penuh tipu daya.
Sudahlah AKU. Awak akan tahu nanti, UMNO bukannya organisasi untuk orang Melayu-Islam. Lain daripada itu aku tak boleh nak cakap, sebab benda itu tak boleh nak cakap, simpan dalam hati sahaja.
Dikomen oleh Boring Politik , August 04, 2010
Mungkin saya tidak perlu masuk campur urusan kalian semua yang berhormat. Tapi setelah sekian lama saya melihat senario politik di MALAYSIA ini, terdetik di hati untuk membisik kan sesuatu yang mungkin berguna untuk kalian dan rakyat yang kalian pimpin. Sebelum meneruskan bicara apakata kita sama-sama buangkan sifat ego yang ada dalam hati kalian agar saranan yang dibicara dapat menusuk hati kalian. Yang utama kalian dilantik menjadi pemimpin adalah untuk memperjuangkan nasib rakyat. Tetapi apakah yang kalian lakukan.. Kalian hanya memperjuangkan nasib PARTI anda, kemana halatuju perjuangan anda. Setelah berjaya dilantik kalian hanya bermegah dengan kejayaan parti anda, tak kira BN, KEADILAN, PAS dan DAP semuanya sama. Asyik berbalah sesama sendiri tak kira antara ahli tertinggi dengan yang bawahan apatah lagi antara parti Kerajaan sesama PEMBANGKANG. Cuba anda bayangkan dalam ke lekaan anda berbalah BILA LAGI ANDA NAK BERJUANG UNTUK RAKYAT. Saya tidak nafikan kalian banyak membuat perubahan infrastruktur tetapi bila lagi perubahan dalam pemikiran kalian sendiri. Kalian sibuk membina empayar kroni-kroni tetapi semua itu untuk diri anda sendiri. Hanya sedikit untuk rakyat. Kalian telah lupa bahawa Tanggungjawap pemimpin itu sangat besar kerana balasan akhirat nya juga besar. Ingat, anda adalah pemimpin rakyat bukannya pengambil hak rakyat. Satu contoh untuk kalian fikirkan bersama, jika kalian membuat jalan menuju sesuatu tempat seringkali didapati ada tujuan disebaliknya iaitu untuk mengembangkan kekayaan kalian. Kalian lakukan bukan untuk rakyat, tetapi untuk diri anda sendiri tetapi kesempatan itu kalian nyatakan untuk rakyat. **( bukan jalan yang sepuluh ribu, seratus ribu tu yer.. yang JUTA-JUTA tu).Mengapa harus kalian membohongi diri anda sendiri. Apakah perasaan anda selepas berbohong. Tidak kah anda pernah menyelami hati rakyat yang mengharapkan ihsan dari pemimpin mereka. ***( saya tak salahkan anda, kebanyakkan anda dari keluarga berada dan tidak pernah merasai kemiskinan hidup, sebab tu anda tidak tahu).Berhenti lah wahai pemimpin ku dari khayalan dan mimpi kalian mengejar terlalu banyak kemewahan dunia, dunia takkan habis di kejar, kekayaannya semua itu akan punah dan musnah. Berhenti lah berbalah sesama sendiri, antara parti-parti anda. Ingat! semuanya ada kelemahan. Berhentilah berebut kuasa, jangan rakyat jadi mangsa kalian. Rakyat sendiri tahu menilai mana baiknya. Yang penting perjuangan untuk rakyat, bukan perjuangan poket sendiri. Ini untuk keluarga kalian, Sekali, kalian makan nilai nya sama untuk makan 20 orang miskin malah mungkin samadengan 50 orang miskin. Apa yang kalian fikirkan mewah itu semuanya dibuat oleh tangan-tangan orang miskin yang bekerja di kilang-kilang, baju-baju anda, anda mungkin kata itu designer pro buat baju i, tapi ingat, kain takkan dia juga buat kot, mesti orng miskin yang kat kilang yang buat. Makanan yang kalian fikirkan mewah pun orang miskin juga dulu yang pegang, takkan jutawan yang tanam padi kot!!. Apa yang mewah nye.. kereta anda? lagi lah, takkan dato@YB pasang tayar kot. Rumah? Takkan Jutawan nak susun bata rumah juga.. fikirkanlah... Apa kata kurangkan duit masuk poket sendiri jer.. bagi sikit-sikit kat rakyat yang susah. Cukuplah masa untuk kalian berpesta, hentikanlah ..
Fikirkan rakyat, maka rakyat akan fikirkan kalian jua.
Terima kasih.
Dikomen oleh ALGHAIB , August 06, 2010
Fahamilah politik Islam, untuk kesejahteraan UMMAH, bermaksud rakyat dan sesiapa juga termasuklah flora dan fauna.
Islam akan membawa keselamatan seisi alam. Allah yang memberi rahmat kepada seluruh alam. Allah yang memberikan nyawa, yang menjadikan oksigan, yang menjadikan semua hidupan boleh hidup melakukan segalanya menurut keupayaan masing-masing.
Kami berjuang bukan untuk kekayaan, tetapi untuk kesejahteraan. Kami boleh berdamai kiranya ruang dakwah terbuka luas. Jangan menzalimi kami dengan berbagai kerenah. Jangan sekat perjuangan Islam dengan kezaliman yang melampau. Kalau orang lain tidak mahu terima Islam, kami tetap sabar, lihatlah sudah lebih 50 tahun kami berjuang dan bersabar, tetapi kezaliman bukanlah cara menghapuskan perjuangan Islam.
Sesiapa sahaja kami jemput untuk berdamai, bersatu. Politik tiada hal, tetapi "manusia dan jin dijadikan Allah untuk beribadah kepadaNya". Itu tugas yang Allah berikan kepada kami, menyampaikan tazkirah untuk kebaikan dan kesejahteran UMMAH. Tugas untuk menggamit UMMAH mendirikan pemerintahan menurut HUKUM ALLAH untuk kesejahteran SEISI ALAM.
Berbaik dengan UMNO, bersatu dengan UMNO untuk mengendurkan konflik, itu perkara kecil tetapi untuk apa? Apa motifnya? Adakah kerana konflik itu sahaja? Sedangkan selepas itu, ruang dakwah dihapuskan dan digantikan dengan judi, rasuah dan arak?
Malah kami boleh keluar dari PAS kalau UMNO terima Islam dan tidak berkelakuan seperti MUNAFIQIN.
MAAF - WASSALAM - tak boleh tulis panjang, nanti boring pula. ISLAM ADIL UNTUK SEMUA, ALLAHU AKBAR.
Dikomen oleh ahli pas , August 07, 2010
Ingatlah, penubuhan parti menggunakan pendekatan nasionalis kebangsaan ini telah dirancang oleh freemason bernama Masolini guna untuk memecahkan kesatuan islam mengikut bangsa masing-masing. Sedangkan Islam itu luas melepasi sempadan bangsa. Lihatlah empayar islam dahulu meliputi hujung barat sepanyol hinggalah ke timur Iran, dan dari utara Turkey hinggalah ke selatan Yaman. Ribuan bangsa telah disatukan dalam kawasan yang luas ini di bawah sistem pemerintahan islam sebelum semua ini di jajah dan dipecahkan selepas kejatuhan Empayar Utsmaniah (1924) oleh musuh islam. Untuk mengekalkan perpecahan ini, selepas proses penjajahan, kawasan-kawasan tertentu diberi kemerdekaan atas nama bangsa tertentu dan diserahkan kepada parti bangsa negara masing-masing atau dilantik raja-raja yg akan sentiasa tunduk kepada penjajah seperti di Jordan, Arab Saudi, Kuwiet dan sebagainya. Dengan cara ini, wilayah islam akan berjaya dipecahkan atas nama bangsa. Jika ada negara Islam diserang seperti di Afhganistan dan Iraq, peperangan tersebut hanyalah di antara bangsa Iraq dan Afghanistan, bukan antara Islam dan Kuffar Sedarlah kecerdikan musuh islam ini. Sedarkah saudaraku di kalangan UMNO Barisan Nasional. Celekkan mata anda dan baca sejarah, kenali agama anda sendiri iaitu Islam dan sama-samalah kita berjuang atas nama Islam dalam Parti Islam Semalaysia PAS. Perjalanan masih jauh sebenarnya. Janganlah jadi penghalang kepada gerakan Islam yang diri sendiri mengaku beragama Islam. Besar dosanya. Silalah buka hati, buka minda dan tuntutlah Ilmu perkuatkan iman.
Dikomen oleh anak perak , August 07, 2010
Dikomen oleh Kacang , August 09, 2010
Orang Islam tidak lupakan Islamnya juga. Bukan macam kacang lupakan kulitnya juga.
Mana lebih penting, Melayu atau Islam? I tak tahu.
Kalau Al-Ghaib, atau aku, atau boring politik, atau burung merpati, atau ahli pas dan atau anak perak sama macam kacang, apa pula kulitnya. Melayu atau Islam?
I rasa orang yang pentingkan duniawi, kulitnya Melayu.
Takut harta dunia habis dikebas orang lain. Takut dikebas orang Cina, orang India, dan macam-macam jenis orang lagi.
Islam dilupakan, sebab kata Samy Vellu "Islam bukan boleh bikin jalan raya"
Hai orang Melayu apa yang ada sekarang? Banyak sangatkah hartanya?
Takut merempat?
Harta di Malaysia ni pun Cina dan sapu, India dah sapu. Kroini UMNO lagi banyak sapu. Orang UMNO pun tak peduli Melayu, Melayu di kampung apa ada? dekat mengundi berilah kain pelekat, berilah sekampit beras, undilah BN. Lepas tu si elit UMNO sapu kayu balak, hilangkan biasiswa, suruh bayar duit hospital, naikkan harga barang, bayar tol tinggi, naikkan harga minyak, saman kereta banyak-banyak, jangan beri anak-anak belajar matematik, sain dalam Bahasa Melayu, dan macam-macam lagi semuanya Melayu tak sedar. Elit UMNO cakap saja besar, macam belon - kosong. pEMBELA mELAYU KONON, Mana hilangnya hak Melayu? Kan dalam poket you all. Sedikit demi sedikit mereka sapu hak Melayu. Apa ada pada HAK MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN SEKARANG? Tanah?, Bahasa?, Biasiswa? Keretapi Tanah Melayu pun ........ macam nyawa ikan. Askar Melayu kut masih terpelihara.
Yang berkulitkan Islam, dia bukan nasionalis yang melampau
Bangsa hanya identiti duniawi, Addin yang membawa kebahagiaan dunia dan akhirat, kekal selama-lamanya.
Pilihlah mana yang you all semua mahu.
Dikomen oleh HAMBA ALLAH CINTA KEDAMAIAN , August 30, 2010
udah la..
kita tegur cara baik..
xpayah la nak sebar fitnah.
insyallah yang benar pasti menang..
kita sesama islam kenapa nak gaduh???
lebih baik kita bersatu untuk mmbina negara islam kita ni..
berhentilah memfitnah, menghina..
adalah seorang itu islam jika setiap kali memberi ucapan disulami dengan kata2 yg tidak senonoh, memaki hamun org dan menyatakan sesuatu yg tidak pasti kesahihan ia..
fikirlah..
usah perjudikan agama untuk kepenting sendiri..








Jurupusing, jurumanipulasi, jurumimpi, juruputar dll.
Pusing cakap, manipulasi keadaan, bermimpi PAS jumpa dia runding fasal perpaduan Melayu konon, juruputar UMNO / BN konon orang PAS gila nak berkawan dengan UMNO.
Sudahlah........... Mufti apa ni? Pemimpin yang telah sesat dibiarkan. "Tak apa jenji beri kekayaan duniawi kepadaku sudah."