Kolej Islam Darul Ridzuan : Kemungkaran Pentadbiran Yang Tiada Noktah?

E-mail Print PDF

Al kisah .. betul ke Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) nak terus kekalkan rekod salahlaku dalam pentadbirannya ? Dengo citer macam tu laa tapi tak tau le teman, kalo kome semua nak tau kena tanya laa kat pembesar-pembesar, laksamana-laksamana dan hulubalang-hulubalang KISDAR. Satu lagi deme kata pembesar-pembesar KISDAR langsung tak ada rasa tanda-tanda nak insaf terhadap semua salahlaku pentadbiran yang telah berlaku selama ini. Dengo citer pulak, isu-isu penyelewangan pentadbiran terus berlaku di KISDAR. Isshhh … betul ke ni ? Tak kann laaa Kerajaan Negeri nak bio jeee, tak kan laaaa Rektor baru KISDAR nengok jee. Deme sebagai pembesar-pembesar KISDAR kena laa buat sesuatu kalo betui semua citer tu. Tapi teman tak caye deme nak bio dan nengok jeee sebab deme tu semuanyee orang crodik pandai belaka. Tak kann laaa orang crodik tak leh nak pikio. Jangan le pulak pembesar-pembesar KISDAR rase selese nak kekalkan reputasi buruk rope tu. Apa-apa pun Rektor baru KISDAR kena le jawab semua persoalan tu. Oh yaa lupa lak teman nak ucapkan tahniah le kepada Prof Madya Dr. Jamil Hashim sebab dah dilantik jadi Rektor baru KISDAR. Prof kroje kuat-kuat dan ikhlas-ikhlas yaa, insyaAllah KISDAR bole maju. Prof jangan le dengo sangat cakap dan arahan orang politik yang lebih-lebih sangat tu .. nanti hancor KISDAR.

Isu baru yang teman dengo ialah berkaitan isu perlantikan dan perjawatan. Tak tau le betui ke idak. Kerajaan Negeri Perak dan Rektor KISDAR kena le jawab dan siasat.

i. Dengo citer En. Zairol dah diturunkan pangkat dari jawatan Timbalan Rektor (Pentadbiran dan Kewangan) ke jawatan Ketua Jabatan Promosi dan Korporat. Betui ke niiii ? Ishh ishhh kesian gak teman dengo, sabo je le yaaa En. Zairol, tu semua kroje Allah, maybe (eehhwahh cakap orang putih lak) sebab nak balas kejahatan yang dah banyak mike lakukan kottt, itu baru sikit jee yang Allah balas. Harap-harap mike cepat-cepat le sedo dan insaf ya, kalo idak teman riso Allah balas lebih dari tu lagi.

Tapi dengo citer sebelum diturunkan pangkat En. Zairol dah dapat apa yang dia nak. Dia dah dapat jawatan Tetap Gred N44. Ishhh memang pelik bin ajaib sebab sebelum ni dia hanya pegawai kontrak gred N41 then leh terus je dilantik ke jawatan tetap gred N44 secara ‘by-pass’ pulak tu. Ishh ishhh memang pelik. Banyak beno teman nak tanya ni … bila jawatan tetap gred N44 tu diwujudkan di KISDAR dan mesyuarat mana yang luluskan jawatan tu ? Kalo pun jawatan tu dah wujud, En. Zairol masih tak layak dilantik ke jawatan tetap gred N44 sebabnyaa … jawatan tetap gred N44 adalah jawatan kenaikan pangkat bagi jawatan tetap gred N41. Nak dinaikkan pangkat pun kena ada syaratnya, antaranya ialah kena melalui temuduga, mesti lulus ujian PTK dan mesti dibawa ke dalam mesyuarat jawatankuasa kenaikan pangkat. En. Zairol tak ditemuduga punn, tak penah ikut kursus PTK dan mesyuarat jawatankuasa kenaikan pangkat tak pronah bersidang pun untuk naikkan pangkat si zairol tu. Sebenonya dia dilantik secara ‘by-pass’ oleh Rektor lama. Maksud ‘by-pass’ tu mcm ‘short-cut’ juga le atau jalan pintas. En. Zairol dikecualikan dari semua syarat-syarat lantikan dan kenaikan pangkat. So hakikatnya En. Zairol dapat jawatan Tetap N42 secara jalan pintas. Ishhh pelik beno teman rase, tak kan le Kerajaan Negeri idak nampak penyelewangan tu ? Agak-agak kome ada tak unsur salah guna kuasa oleh Rektor lama ? Kepada pihak yang berkenaan teman rasa isu ni kena le disiasat dengan telus ya.

Satu lagi yang teman rase kelakar sangat-sangat, baru-baru ni En Zairol dengan muka tak malunyaa pi kursus induksi .. hahaha .. dia sorang je kakitangan pentadbiran dari KISDAR yang lain semuanya pensyarah .. memang confirm muka tak malu kan. Dengo citernya semua penceramah-penceramah INTAN rasa pelik kenapa le ada sorang gred N44 sesat dalam kursus induksi tu, sebenonya induksi adalah untuk gred lantikan pertama (N41 atau DG41) dan bukan untuk gred kenaikan pangkat (N44). Walaubagaimanapun makhluk bernama Zairol jawab le juga dengan penuh bangga .. katanya .. dia dilantik atas kuasa Lembaga Pengarah. Isshhh .. tak kan le Lembaga Pengarah subahat sama. Penceramah berkenaan rasa pelik sebab ini le kes pertama yang beliau dengo sepanjang 30 tahun berkhidmat sebagai penceramah INTAN. Hahahaha … kome tak kan tak rasa kelakar. Teman gelak sakann nii .. hehehe.

ii. Satu lagi teman dengo citer gak ada sorang bekas penolong pensyarah kontrak gred DG41 tiba-tiba je tak semena-mena dilantik ke jawatan pegawai tadbir gred N41. Aikkk .. mudah beno yaaa nak tuko skim jawatan dari skim DG41 ke skim N41, leh gitu-gitu je terus lantik ya. Ishhh tak tau le teman kenapa le Rektor lama leh terus lantik macam tu je. Tak kann le Rektor lama tak tau prosedur yang sebenonya, dan tak kan le Kerajaan Negeri tak tau isu ni. Yang teman heran dengo citer sebelum ni ada gak kes macam tu, sorang pegawai tadbir dilantik jadi penolong pensyarah tapi ada iklan dan ada pulak temuduga, ikut pulak prosedur. Kali ni kenapa tak ikut pulak prosedur ? Pelikk pelikkk .. memang pelikk.

Teman nak tanya lagi .. betui ke ada kosong dan perlu jawatan N41 tu ? Kalo betui ade kenapa le tak diiklankan. Udah ke penolong pensyarah tu ditemuduga ? Kalo udah sape panel penemuduganya ? Kalo pun udah ditemuduga, ada ke mesyuarat jawatankuasa kenaikan pangkat bersidang untuk lantik penolong pensyarah tu jadi pegawai tadbir ?

Lagi satu betui ke penolong pensyarah tu dilantik ke jawatan pegawai tadbir dan dibayo gred tangga gaji yang tinggi ? Maksud teman tinggi tu tak le tinggi bebeno tapi gred tangga gaji yang tak layak untuk dia. Apa yang teman tau, kawan-kawan teman citer dalam sektor kerajaan pengalaman kroje yang bole diambil kira ialah pengalaman dalam sektor kerajaan dan pengalaman dalam skim yang sama je, tapi dengo citer penolong pensyarah tu ada pengalaman dalam sektor swasta je dan skim lama dia ialah skim DG bukan skim N so macam mana le dia bole dapat gred tangga gaji yang tak layak untuk dia. Betul ke nii ? Kalo le betui, Kerajaan Negeri kena le tengok-tengok jangan di bio je. Agak-agak kome ada tak lagi unsur salah guna kuasa ? Siasat le jangan tak siasat.

iii. Dengo citer lagi ada sorang lagi Timbalan Rektor nak masuk KISDAR nak gantikan tempat En Zairol tu. Kabonya Timbalan Rektor tu sorang Pegawai Tadbir dari UTP. Teman tak kisah le dari mana pun tapi betui kee Timbalan Rektor tu masuk tak ikut prosedur perjawatan yang betul ? Deme kata Timbalan Rektor tu terus dilantik jawatan Tetap dengan Gred N52, betui ke nii ? Kalo le betui .. fuyooo terus masuk leh dapat jawatan Tetap ya. Teman kesiannn kat kakitangan KISDAR yang dah lama kroje, ramai lagi yang masih jawatan Kontrak. Satu lagi, kalo le betui Timbalan Rektor tu dapat jawatan Tetap Gred N52, teman nak tanya lagi .. bila le jawatan tu diadakan di KISDAR ? Mesyuarat mana pulak yang luluskan jawatan tu ? Ada ke iklan kekosongan jawatan tu disiarkan ? Bila pulak Timbalan Rektor tu ditemuduga ? Ishhh banyak beno pulak teman tanya .. maaf le ya .. bukan apaa .. setahu teman itu le caranya nak lantik mana-mana penjawat awam. Kerajaan Negeri yang lantik Timbalan Rektor tu, tak kan le tak ikut semua cara tu kan. Satu lagi teman musykil gak .. Timbalan Rektor tu bekas Pegawai Tadbir di UTP. UTP adalah sektor Swasta. Timbalan Rektor tu langsung tak da pengalaman mentadbir dalam sektor Kerajaan, beliau tak mahir pun dalam GO, tak tau pasal perkeliling kerajaan dan tak penah pun pi kursus induksi dan PTK. Semua benda yang teman sebutkan tu penting untuk jadi pegawai tadbir utama sektor kerajaan yang baik, effisien dan professional. So .. bole ke Timbalan Rektor tu buat kroje pentadbiran dengan adil, cekap dan berkesan ?

Kalo le betui semua perkara yang teman sebutkan diatas teman rase Kerajaan Negeri Perak dan Rektor KISDAR kena le cepat-cepat betuikan semua penyelewangan tu supaya reputasi KISDAR tak terus tercemar. Moh le pakat sama-sama bangunkan KISDAR. Itu le satu-satunya Kolej milik Kerajaan Negeri untuk didik anak bangsa kita. Kroje le sungguh-sungguh nak bangunkan KISDAR dan buang le jauh-jauh kot-kot ada rasa kepentingan diri sendiri.

Insan Prihatin

Perak Darul Ridzuan



Komen (1)Add Comment
495
...
Dikomen oleh Lebai , July 15, 2011
Perak Darul Ridzuan Tercinta
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0

Tulis komen.

security code
Tulis huruf yang terpapar.


busy
Last Updated ( Tuesday, 14 June 2011 12:10 )  

Terbaru


Sila tekan butang mute untuk on/off audio