Perutusan Tahun Baru 2013 Pesuruhjaya PAS Perak.

E-mail Print PDF



Syukur kepada Allah SWT atas kurnia dan rahmat yang diberikan lantas kita dapat terus bersama-sama berperanan sebagai penggalas gerakan perjuangan rakyat  yang Insya Allah akan dijanjikan kemanisan sekiranya keikhlasan mengiringi titi perjuangan mulia ini.

Berlalunya 2012 meninggalkan pelbagai suka duka dalam arena kehidupan kita apatah lagi dunia politik tempatan dan pentas agama tanah air yang diwarnai dengan aneka macam peristiwa dan kemelut ekoran daripada pelbagai spekulasi, provokasi dan propaganda yang merancakkan krisis masyarakat.

Tahun yang baru, secara simboliknya, menandakan satu permulaan kepada perubahan ke arah yang lebih baik dan berusaha menyingkirkan segala kemelut lalu dan kemungkaran mendatang serta menumbangkan kezaliman.

Kita menyambut kedatangan tahun 2013 dengan penuh harapan, agar keadaan menjadi lebih baik buat diri sendiri, keluarga, masyarakat, Negeri dan Negara.

Justeru, sewajarnya apa yang berlaku sepanjang tahun 2012 akan menjadi pedoman bagi meneruskan kesinambungan perjuangan kesekian kalinya lantas memikul amanah yang diberikan Allah SWT kepada kita untuk terus menjadi wadah kepada generasi akan datang.

Namun, semestinya semua ini tidak bermakna sekiranya kita sebagai gerakan Islam yang terbesar di Malaysia ini hanya berpeluk tubuh dan gagal melakukan sesuatu.

Kita perlu ingat bahawa dalam menelusuri jihad menerusi pentas gerakan perjuangan ini, tidak dapat tidak kita harus bertembung dengan mehnah dan tribulasi .

Justeru marilah bersama kita memperhebatkan gerak kerja dan terus bermunajat agar cabaran seperti ini berjaya dipadam dengan dan keikhlasan yang senantiasa dituntut untuk diperbaharui.

Semoga kita diberikan kekuatan dan kebijaksanaan oleh AllahSWT  untuk melunaskan tanggungjawab serta ikrar yang kita laungkan buat gerakan perjuangan ini.

Mewakili seluruh kepimpinan PAS Perak, Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada seluruh  rakyat perak khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.
 

Ustaz Abu Bakar Hussian

( Pesuruhjaya PAS Perak )



Komen (0)Add Comment

Tulis komen.

security code
Tulis huruf yang terpapar.


busy
 

Terbaru


Sila tekan butang mute untuk on/off audio