Katanya, kedatangan tahun 2013 merupakan satu debaran bagi rakyat Malaysia kerana pada tahun ini, mahu atau tidak mahu, PRU13 pasti diadakan.Ustaz Abdul Hadi berkata, memilih kerajaan dalam menentukan masa depan negara dan rakyat menjadi tanggungjawab besar agar negara selamat dan nasib rakyat terbela.
Beliau mengambil kesempatan ini, menyeru rakyat Malaysia pelbagai kaum bagi menyelamatkan Malaysia daripada kemusnahan akibat kemelut ekonomi, politik dan sosial bawaan parti pemerintah.
Negara yang kaya dengan hasil bumi ini tegasnya, telah menyaksikan kehilangan trilion ringgit Malaysia yang mengalir keluar secara haram angkara pentadbiran Kerajaan Umno-BN.
“Saya menyeru kepada seluruh ahli dan penyokong PAS khususnya disemua peringkat untuk turun memberi sokongan kepada himpunan ini.
“Dalam masa yang sama, kerjasama semua pihak penting bagi memastikan himpunan berjalan dengan aman dan para peserta mesti mengekalkan disiplin yang tinggi sebagaimana biasanya,” tegasnya kepada Harakah.







