PAS Perak Ucap Tahniah Atas Kejayaan HKR 112

E-mail Print PDF



PAS Perak mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur HKR 112 tersebut yang bukan sahaja Berjaya dari segi pengawalan keselamatan  yang dijalankan yang sangat rapi malah ia merupakan perhimpunan yang murni dari rakyat tanpa sebarang kekecohan.

PAS Perak mengharapkan perubahan murni di atas kejayaan rakyat dalam HKR 112 baru-baru ini adalah titik bermula perubahan yang bakal dilakukan oleh rakyat pada PRU 13 .

Perhimpunan yang berjalan dengan tertib dan sifar dari kejadian yang tidak diingini itu adalah sangat terpuji kerana inilah realiti yang sebenar bila rakyat diberi ruang untuk berhimpun dengan aman tanpa sebarang provokasi.

Jelas segala tohmahan dan fitnah terhadap HKR 112 oleh pihak yang menganggap ia akan menjejaskan keamanan adalah ternafi.

PAS Perak menyeru agar PRU 13 yang akan diadakan tidak lama lagi seharusnya mengenengahkan idea bernas seperti yang dituntut dalam HKR 112 itu dan bukan dengan melemparkan fitnah serta melagakan sentimen kaum dan agama.

HKR  112 baru-baru ini telah melakarkan sejarah yang sangat penting untuk Negara ini. Ia menunjukkan betapa suara rakyat tidak perlu dipandang serong malah semua pihak perlu menghormati tuntutan rakyat.

Ustaz Abu Bakar Hussian
( Pesuruhjaya PAS Perak ) 



Komen (1)Add Comment
0
...
Dikomen oleh azahar , January 17, 2013
berita pagi 16hb tv 1 mengatakan bahawa kerajaan Jepun tidak pernah memberi wang pampasan kepada buruh paksa.jadi disebabkan ini kita patut berhimpun dan membakar bendera jepun yang melakukan kekejaman ini.udah orang tua kita hidup melarat dalam penjajahan mereka kemudian tiada pula pampasan.zalim zalim
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0

Tulis komen.

security code
Tulis huruf yang terpapar.


busy
 

Terbaru


Sila tekan butang mute untuk on/off audio