Slogan 'PeraKite' dekatkan PAS dengan masyarakat

E-mail Print PDF


IPOH: Pendekatan baru yang dilakukan oleh PAS Perak dengan mewujudkan satu slogan iaitu "PeraKte: Rakyat Sepakat Perak Berkat" telah mendekatkan PAS dengan masyarakat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki berkata, dengan membawa slogan itu, PAS mudah untuk mendekati masyarakat khususnya golongan atas pagar dan melihat rakyat sangat selesa dengan slogan itu.

Menurut beliau, pendekatan tersebut ternyata berkesan untuk menarik sokongan rakyat kepada PAS dan ianya satu alternatif kepada rakyat untuk bersama dengan aktiviti yang dianjurkan PAS.

Katanya, rakyat di semua lapisan termasuk kakitangan kerajaan menggunakan slogan ini untuk menzahirkan sokongan mereka kepada PAS kerana ianya tidak menggambarkan pembawakan politik.

Jelas beliau, melalui cara itu, sokongan rakyat kepada PAS semakin meyakinkan dan meningkat khususnya daripada golongan muda.

"Ini dapat dilihat melalui program-program bersama rakyat, antaranya program berkampung di Dun-Dun yang ditandingi oleh PAS.

"Sambutan sangat menggalakkan apabila pimpinan PAS bertemu rakyat di tempat tumpuan masyarakat seperti di kedai-kedai kopi serta pasar awam, semuanya menyambut baik kehadiran kami dan risalah yang kita sebarkan diterima dengan baik," katanya.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Bagan Datoh menjelaskan, PAS ketika ini diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat yang tidak lagi melihat PAS adalah parti yang ekstrim.

Katanya, majoriti rakyat yang ditemui telah menyatakan kesediaan beliau untuk membuat perubahan dalam PRU13 nanti.

"Ramai yang ditemui memberi isyarat tanda bagus pada jari mereka masing-masing tanda sokongan mereka.

"Yang paling ketara ialah sokongan orang bukan Islam dari kalangan kaum Cina, mereka menjerit "jom ubah!" sekali setiap kali pimpinan PAS berkunjung dikediaman mereka," jelasnya.

Melihat sokongan padu itu, Misbahul Munir yakin Perak akan berjaya ditakluk kembali oleh Pakatan Rakyat bagi meneruskan agenda yang tertangguh apabila sempat memerintah 11 bulan sebelum dirampas oleh BN 4 tahun lalu.


Komen (0)Add Comment

Tulis komen.

security code
Tulis huruf yang terpapar.


busy
 

Terbaru


Sila tekan butang mute untuk on/off audio