PAS PERAK ZIARAH DAN SERAH SUMBANGAN KEPADA BALU WIRA NEGARA

emel Cetak PDF


IPOH, -- Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussian bersama Bekas Menteri Besar Perak Dato’ Seri Ir Hj Mohamad Nizar Jamaluddin dan saff kepimpinan PAS Perak yang diwakili Dewan Ulama’, Pemuda dan Muslimat hari ini menziarahi balu dan anak-anak Allahyarham Sarjan Sabaruddin Daud wira Negara dari VAT 69 Komando PDRM yang telah terkorban di lahad datu dalam insiden pencerobohan Negara baru-baru ini.

Pesuruhjaya PAS Perak itu mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada balu dan keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam mempertahankan negara demi keselamatan rakyat.

Menurut beliau sumbangan anggota keselamatan samada dari PDRM atau ATM amat besar ertinya buat seluruh rakyat Malaysia, mereka sanggup berkorban nyawa untuk mempertahankan kedaulatan Negara dan pastinya segala pengorbanan mereka akan terus dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sementera itu Bekas Menteri Besar Perak Dato’ Seri Ir Hj Mohamad Nizar Jamaluddin pula menyatakan beliau sangat menyanjungi segala pengorbanan yang diberikan oleh setiap anggota keselamatan Negara.

Beliau juga turut mewakili kepimpinan Pakatan Rakyat Perak mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga pahlawan negara yang telah terkorban untuk mempertahankan kedaulatan negara Malaysia baru-baru ini.


Balu ( tudung bercorak bunga ) berdiri disebelah Isteri Pesuruhjaya ( bertudung putih )

Sementara itu,  Nurunnisa Abu Bakar balu kepada Allahyarham Sarjan Sabaruddin, mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Perak dan semua rakyat Malaysia kerana amat prihatin terhadap ujian yang menimpa semua balu dan anak-anak anggota keselamatan yang terkorban dalam pertempuran di Lahad Datu baru-baru ini.

Sehubungan itu, PAS Perak turut menyampaikan sumbangan bagi meringankan bebanan yang ditanggung keluarga Allahyarham dengan harapan semoga ianya sedikit sebanyak memudahkan urusan keluarga Allahyarham.

 



Komen (0)Add Comment

Tulis komen.

security code
Tulis huruf yang terpapar.


busy
Terakhir dikemaskini ( Ahad, 10 Mac 2013 20:47 )  

Terbaru


Sila tekan butang mute untuk on/off audio